Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, March 26, 2017

Malu Diam Membisu

Saat kau mula merasakan dialah yang kau cari. Apakah yang perlu kau lakukan? Adakah diam membisu itu jalan terbaik. Hanya memerhati dari jauh? Ohh rasanya itu bukan yang terbaik. Betul tak? 

Boleh dikatakan ciri-ciri yang kau impikan ada pada dia. Mungkin bukan 100% tapi dari pandangan mata kasar kau dan mulut-mulut orang di sekelilingnya, aku yakin dialah yang ku cari selama ini. Seorang yang boleh membimbing aku nanti. Seorang yang boleh menjadi ayah kepada anak-anak ku nanti. Seorang yang boleh membawa kami ke syurga Mu. Bukan mudah untuk mencari ciri-ciri sepertinya zaman sekarang. Mungkin satu dalam seribu pun susah nak jumpa.

Benar jodoh itu ketentuan Illahi. Tapi diri kau sendiri perlu berusaha juga. Ibu pun kata begitu. Kakak dan abang pejabat pun kata begitu. Ermm entah lar, macam mana yer nak mulakan kalau kau dah betul-betul jumpa apa yang kau inginkan? 

Kalau berjumpa pun susah nak bertegur sapa. Kalau terserempak berdua sahaja pasti masing-masing akan tertunduk malu dan terus berjalan. Alahai diri. Aku berserah hanya pada Illahi. Moga Allah memberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat hambaNya ini. Mohon doa semua. Aku banyak dosa. Mungkin doa kalian dimakbulkan Allah.


Insan Kerdil,
-Nurkasih Atieqah-

Tuesday, March 7, 2017

Labuhkanlah Tudung Mu

Teman,
Labuhkanlah tudung mu,
Tutupilah ia hingga ke dada mu,
Kerana di setiap inci tubuh mu,
Adalah mahkota bagi mu,
Mahkota diri seorang muslimah,
Hiasan diri hanya untuk suami mu,
Peliharalah ia bukan dibiar menjadi tatapan,
Tatapan mata-mata durjana,
Membawa khayalan entah kemana.

Muslimah itu indah,
Kerna diri mu seindah-indah perhiasan,
Peliharalah ia bagaikan permata,
Kerana permata itu tinggi nilainya,
Dirimu laksana mawar berduri,
Indah dipandangan sukar didekati,
Berduri tajam menjadi perisai,
Perisai seorang muslimah sejati.

Duhai teman,
Peliharalah aurat mu sebaiknya,
Bukan perlu bertudung seperti ustazah,
Tapi cukuplah ia seperti Allah mahukan,
Labuhkanlah ia menutupi dada mu,
Kasihankanlah ayah mu,
Kasihanilah suami mu,
Kerana kamu, syurga mereka tertunda,
Tertunda kerna dosa aurat mu.

Saturday, March 4, 2017

Aku dan Kerja

Dua minggu berturut aku setia di pejabat pada hari Sabtu. Memulakan rutin dengan di rumah menyiapkan sarapan ibu abah dan adik-adik di rumah. Dan selepas itu akan bersiap untuk terus ke tempat kerja. 

Kerja memang tak pernah habis. Tapi selagi termampu, inshaAllah, dengan izin Allah akan aku lakukan sehabis baik.


1 Mac 2017 yang lalu genap 2 tahun di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan. Pejam celik pejam celik dah dua tahun yer dekat sini. Teringat masa mula-mula berada di fakulti ini, pernah terdetik 'Boleh ke aku lalui semua ini di sini.' Alhamdulillah berkat doa ibu abah juga, aku kuat di sini. Sekarang berada di sini aku rasakan macam dah lama. Bagaikan satu keluarga Entah, barangkali hati sudah di curi untuk bertahta di sini. Banyak yang telah aku pelajari di sini, sama ada dari rakan sepejabat, pensyarah-pensyarah dan tidak ketinggalan juga daripada pelajar-pelajar. Aku mengenal erti hidup bagi mereka.