Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, November 22, 2009

AL-FATIHAH


detik 18 november 2007 adalah detik yg amat aku tidak akan aku lupakan...kerana perginya seorang atok yang amat aku sayangi...dari kecil hingga dewasa aku memang rapat dengan arwah atok...pemergiannya memang tidak disangka kerana sebelum dia menghembuskan nafasnya yg terakhir...dia hanya sakit-sakit biasa saja tapi tak boleh bangun...kalau nak bangun pun kene dipapah...ketika arwah atok sakit aku dan family masih berada di perak...kebetulan pada ketika itu aku sedang mengambil peperiksaan SPM...

atok menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 1230 malam...ketika itu aku sekeluarga masih berada di perak kerana esoknya aku akan menduduki kertas pendidikan islam...selepas ibu dan abah ku mendapat tahu akan pemergian arwah atok..abah dan ibu terus mahu balik ke pahang...
abah juga menanyaku sama ada mahu ikut serta balik ke pahang atau duduk di rumah saja...kerana esok aku ada kertas pendidikan islam 1 dan pendidikan islam 2...akhirnya selepas membuat keputusan aku juga turut serta mahu balik pahang kerana mahu melihat jenazah arwah atok buat kali terakhir...aku juga tidak lupa memberi tahu kawanku esok aku tak datang kerana pulang ke kampung untuk melihat atokku meninggal...kami sampai di pahang dalam jam 9 pagi...sesampai disana ramai sedara sudah tiba di kampung...aku tanpa membuang masa juga turut serta membaca yaasin untuk arwah atok...aku juga turut mencium pipi arwah atok buat kali yang terakhir...terasa kesejukan jasad arwah atok ku...

ya Allah betapa singkat yer hidup ini...

arwah atok dikebumikan pada hari isnin...pagi2 selepas arwah atok dikebumikan...mak sedara dan bapa sedara ku ada bertaya "ayong hari ni tak pergi periksa ke?" ya Allah aku dah lupe tentang peperiksaanku pada hari ini... aku kata boleh ke pergi periksa lagi...dah lewat ni...lagipon takde baca buku ape-ape pon untuk periksa ni...baju sekolah takde,slip periksa takde...pada mulanya aku kata tak perlu pergi lah..lagipon ini bukannya mata pelajaran wajib aku...tapi ayah,mak sedara dan bapa sedara aku kata rugilah kalau tak pergi mane tau mata pelajaran ini aku boleh dapat 'A'...lagipon dorang ade kenal cikgu yang jaga peperiksaan hari itu...

alhamdulillah akhirnya aku ambil juga peperiksaan pendidikan islam 1 dan 2 di sekolah menengah kebangsaan kuala krau...hari tu dengan berbekalkan ilmu yang aku dah ulangkaji sendiri (kerana mata pelajaran ini takde dalam mata pelajaran kelasku) aku melangkah kaki dengan longlai menuju ke dewan peperiksaan...dengan lafaz bismillah aku melangkah memasuki dewan peperiksaan...aku menjawab soalan pendidikan islam itu hanya dengan apa yang aku ingat sahaja...sebelum kertas 2 bermula aku sempat kongsi selak-selak buku teks dengan teman-teman yang baru sahaja aku kenal hari ini...kertas 2 juga berjalan dengan lancar alhamdulillah...aku juga memastikan tidak akan ada ruang jawapan yang kosong...

selepas kertas peperiksaan pendidikan islam tamat...keluarga mengambilku terus untuk pulang ke perak semula...kerana pada keesokannya pula aku akan mngambil peperiksaan kertas additional mathematics 1 dan 2...dan abahku juga akan masuk kerja pada keesokan harinya...


dah masuk 2 tahun arwah atok pergi...yang hidup itu pasti akan kembali kepadanya...kenangan bersamamu masih segar dalam ingatan dan takkan aku lupakan...insyaallah...

ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa atokku
kau rahmatilah dia ya Allah
dan kau tempatkanlah dia
ditempat orang-orang yang beriman
dan ditempat orang-orang yang Engkau redhai...
amin...


"aYoNg SaYaNg aToK"

alhamdulillah ketika keputusan SPM keluar,aku mendapat A2 untuk mata pelajaran pendidikan islam...alhamdulillah syukur Allah membantu hambanya ini ketika dalam kesulitan... :D

No comments: