Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, December 22, 2009

1 MUHARRAM 1431 HIJRAH


alhamdulillah dah masuk tahun baru dah kan...kejap sahaja masa berlalu...detik itu juga aku sudah menginjak ke 20 tahun(kalau mengikut tahunnya) dan hampir masuk setahun aku kerja...alhamdulillah masih bernafas dan masih boleh merasai nikmat yang Allah berikan didunia ini...alhamdulillah.... :D

tahun baru azam pun mesti baru...aku tertunggu-tunggu detik tahun baru ini...tak sabar-saar rasanya untuk membaca doa akhir tahun dan juga doa awal tahun....dan melafazkan azamku...erm...rasa sedih pun ada kerana pada hari itu aku dalam keadaan uzur...tak dapat nak sambut tahun baru dengan bertafakur diatas sejadah dan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran...aku hanya mampu membaca doa akhir tahun dan juga awal tahun sahaja...dan niat azamku untuk tahun baru ini...alhamdulillah...

dengan melangkahnya ke tahun baru...masa semakin berginjak,umur pun semakin bertambah,ilmu pun perlu ditambah,amal kepada Allah pun perlu diperbanyakkan lagi...moga-moga kita semua dapat syafaat dariNya...insyaallah...jadi sama-samalah kita memperbaiki segala kesalahan dan berubah kearah kebaikan...insyaallah...

sempena tahun baru ini juga aku nak minta maaf kepada semua kawan yang mengenali diri ini....jika ada terlanjur kata,terlajak perbuatan...harap semua dapat memaafkan diriku yang kerdil ini....moga sama-sama kita membuka lembaran dan buku yang baru...moga saat ini lebih baik dari tadi,moga hari ini lebih bagus dari semalam,moga tahun ini lebih cemerlang dari tahun lepas....insyaallah...jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan....semoga kita semua mendapat hidayah dan rahmat dari Allah sempena....insyaallah...

akhir kata terimalah salam maal hijrah dari ana 'nur atiqah salim' buat sahabat-sahabatku semua dan para pembaca yang setia semua....

No comments: