Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, December 31, 2009

Ooo balik kampung...


alhamdulillah....selepas hampir empat minggu aku bertungkus lumus dalam melakukan kerja-kerja di pejabat.akhirnya dapat juga aku balik ke kampung halamanku di tapah road.hampir setiap minggu boleh dikatakan aku perlu membuat kerja lebih masa dihujung minggu.erm...sekarang ini tibalah masa untuk aku berehat dan bercuti bersama-sama keluarga tercinta.hehehe...tak sabar rasanya untuk naik keretapi jam 7.26pm hari ini.seronoknya.tak sabar nak jumpa ibu,abah dan adik-adikku yang sudah lama mengharapkan kepulanganku. :)

minggu lepas aku menelefon ibu dan memberitahunya aku tidak boleh balik kerana terpaksa kerja hari krismas ini.ibu kata 'takpe la.awakkan baru kerja.nak cuti selalu pun tak boleh.ibu faham takpe kerjalah.' lega sikit hatiku dengar penjelasan ibuku itu.alhamdulillah nasib baik ibuku faham.itulah naluri seorang ibu.

abahku juga tidak berkata apa-apa bila aku tidak dapat balik.cuma dia kata adikku yang bongsu asyik menyebut namaku sahaja.erm...sedih hatiku dengarnya.adikku itu memang rapat denganku.kerana selepas SPM aku duduk di rumah dengannya hampir dua tahun sementara menunggu tawaran ipta.

kadang-kadang,abah terpaksa menelefonku tengah-tengah malam semata-mata kerana adikku itu ingin bercakap denganku.adikku itu ingin mengadu denganku kerana adik-beradik yang lain mengacaunya.hehehe...rasa terharu pun ada.kadang-kadang tu meleleh juga air mata seorang kakak ini.huhuhu...

erm...begitulah cerita kisah suka duka seoarang perantau nur kasih.hehehe...semoga ada sinar bahagia untukku di masa akan datang.insyaallah.amin.

No comments: