Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, December 8, 2009

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT


assalamualaikum semua...erm...alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk bernafas diatas bumi Allah yang indah ini...alhamdulillah...hari ini saya rasa nak berkongsi dengan sahabat dan sahabiah semua tentang apa yang saya dah terbaca sebelum ingin menunaikan solat maghrib di stesen keretapi tanjung malim sebelum saya naik keretapi jam 7.26pm...artikel itu sungguh menarik iaitu erkaitan seksaan meninggalkan solat...

Allah telah berfirman yang bermaksud "sembahyang itu tiang agama.barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan barangsiapa meninggalkannya, maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya"

6 seksa didunia :
-Allah mengurangkan berkat umurnya
-Allah tidak mempermudahkan rezekinya didunia
-Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
-Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam islam
-Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
-Allah tidak akan menerima doanya

3 seksa ketika menghadapi mati :
-Mati dalam keadaan yang hina
-Mati dalam keadaan yang sangat lapar
-Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 seksa sewaktu dalam kubur :
-Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit sempitnya
-Allah akan menggelapkan kuburnya
-Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 seksa ketika bertemu Allah :
-Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
-Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
-Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam neraka dengan azab yang pedih lagi keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN BAGI SETIAP SOLAT LIMA WAKTU :


subuh: sekali meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat bersamaan 60,000 tahun didunia.

zohor: sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1,000 umat islam

asar: sekali meninggalkannyadosanya sama seperti meruntuhkanBaitullah(ka'bah) di masjidil haram makkah

maghrib: sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

isyak: sekali meninggalkannya Allah tidak redha orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatNya

jadi sama-samalah kita nasihat menasihati antara kita...semoga mendapat rahmat dariNya...amin...

No comments: