Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, December 29, 2009

TeRBiNaNya SeBuaH LaGi MaSJiD ...

alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan kakak pejabatku yang aku rapat dipejabat ini...kakak yang ku maksudkan ialah kak mira...majlis itu berlangsung pada 27 Disember 2009 bersama pasangannya iaitu mohd azri ataupun nama panggilan yang aku panggil abg. azry...erm...terbinanya sebuah lagi masjid yang begitu diidamkan oleh setiap insan...alam perkahwinan memang begitu mencabar...

pengantin yang diraikan...
Perkahwinan itu memanglah merupakan suatu perkara yang amat-amat dituntut di dalam agama. Tambahan pula di zaman moden ini jalan untuk menuju ke lembah perzinaan sangat mudah. Tapi sebelum berkahwin,diri hendaklah membuat persediaan yang lengkap dari segala segi segi terutamanya ilmu perkahwinan itu sendiri. Tanpa ilmu, mustahil matlamat sebenar perkahwinan itu dapat dicapai.

Jadi, nasihat saya pastikan anda melengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya bagi menghadapi alam perkahwinan...selamat menjadi isteri yang solehah dan suami yang soleh...sama-samalah kita mencari redhanya dalam melayar bahtera rumah tangga...insyaallah...amin...:)

No comments: