Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, January 26, 2010

ibu abah yang ku sayangi selalu...

ibu dan ayah adalah orang yang paling penting sekali dalam kehidupan kita semua.oleh itu sayangi dan hormatilahlah mereka selagi mereka masih ada.itulah mukaddimahku untuk hari ini...

semalam opahku ada cerita tentang seorang jirannya.anak jiran itu meninggal kerana lemas ketika mandi di kolam(kalau tak silapku)erm...kedua-dua orang anaknya meninggal ketika kejadian mandi di kolam.sedihnya...mungkin umurnya Allah dah tentukan setakat itu sahaja.kita pun tidak tahu sama ada umur kita setakat mana.

yang membuatkan aku terfikirkan kedua orang tuaku itu adalah kerana ibu jiranku sampai tidak bekerja selama sebulan disebabkan koma.iunya itu mungkin terlalu terkejut menerima berita kematian kedua orang anaknya itu.Subhanaallah..tapi apa-apa pun sebenarnya kita perlu redha dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup ini.setiap yang Allah aturkan itu ada hikmahnya.mungkin atau kita yang tidak tahu apa hikmah yang Allah telah tentukan.

dan selepas itu hatiku menjadi diam dan sebak seketika.tiba-tiba aku terfikirkan andai kedua ibu dan abahku pergi meninggalkan kami adik beradik.bagaimanakah keadaanku???aku dah la anak sulung.

my beloved ibu and abah :-*

erm..jadi kesimpulannya kita sebagai anak perlulah menghormati dan menyayangi mereka selagi mereka masih hidup.insyaallah sama-samalah kita mencari redhanya."keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa".insyaallah...

No comments: