Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, January 23, 2010

jam 1.26 pagi…


erm…ketika waktu ini mataku masih terkebil-kebil lagi.dalam keheningan malam,dalam kegelapan pagi,dalam kesyahduan pagi,ketika semua penghuni rumah sedang enak dibuai mimpi indah…aku masih terkebil-kebil keseorangan diatas katilku dirumah opah ini.tak tahulah kenapa mata ini begitu sukar untuk dilelapkan pada malam ini.erm…tanpa membuang masa aku teringat akan laptop yang aku bawa balik dari pejabat petang tadi bagi menyiapkan kerja-kerjaku.

ketika aku menaip coretan ini,aku hanya menaip didalam word kerana di rumah tiada internet untuk terus taip dihalaman blog kesayanganku ini.erm…tapi apa-apa pun pagi nanti aku akan masukkan sebentar ke dalam blog aku.hehehe…

malam tadi selepas solat isyak aku terus leka membuat kerja-kerjaku.tanpa aku sedari waktu sudah hampir ke jam sebelas malam.hehehe…’time to sleep’ sebenarnya tapi itu pun dah terlajak.hehehe..selalunya aku akan tidur jam 9 atau 10 malam.hehehe…awalkan???ye la aku kan duduk dengan opah.jadi opah slalu tidur selepas isyak jadinya aku terikut sekali.hehehe…tapi kadang-kadang tu aku tidur lewat juga sebab dengar lagu-lagu kat radio.=)

selepas itu aku terus kemas-kemas kerjaku.dan terus menghenyakkan badanku diatas katil.dan terus aku terlelap sebentar,hanya sebentar sahaja mata ini mahu merehatkan diri ini.jam 12 aku terjaga sehinggalah ke saat ini.

malam ini aku jadi seorang perdana menteri sebentar.hehehe..ye la banyak sangat di fikirkan.lepas satu perkara ke satu masalah aku fikirkan malam ini.bermula dari seorang teman yang aku sentiasa ingati.aku menunggu sms darinya tapi tak ku terima juga.erm…mungkin dia sibuk dengan pelajarannya.maklumlah 2 februari ini dia dah mula periksa.tapi apa-apa pun aku nak wish good luck kepada temanku itu.’go go cayok!!!

selepas itu fikiranku melayang pula kepada peristiwa petang tadi di pejabat.petang tadi aku jadi photographer sebentar.hehehe…photographer jalanan la katakana…=) petang tu aku kene ambil gambar-gambar setiap bilik di jabatanku untuk dihantarkan ke KPT pada esok hari.petang tu juga aku diarahkan meminjam kamera pusat islam kerana kamera jabatanku rosak.ha’ masa lepas pinjam ni la aku tiba-tiba terus teringat dekat seniorku ketika di sekolah rendah.hehehe…

dan lamunanku dikeheningan pagi ini terus menerjah ke alam sekolah rendah.erm...terseyum sendirian bila teringatkan senior aku itu.hehehe…erm…kalau tak silap aku nama dia ehsan.hahaha…teringat bukan sebab rindu ae..tapi sebab dia tu terlalu baik masa dekat sekolah SKPZ tu.semua orang kenal dia.cuba anda semua bayangkan..dia ni kalau jumpa cikgu semua dia tegur dan bagi salam dan dia juga turut menghulurkan tangan untuk berjabat salam.bukan cikgu sahaja tapi kalau jumpa pelajar-pelajar lelaki pun tak kira la tua dari dia ke atau muda dari dia.semua dia berjabat salam dan tegur.

hehehe..dan yang paling membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga tu..hehehe..masa kami sekolah agama.walaupun dia dah darjah enam tapi masih mahu join sekolah agama.jadinya dia satu kelas dengan kami semua di darjah lima.hehehe..disebabkan dia ni terlalu baik dan jujurlah dia telah dibuli oleh rakan sekelas yang lebih muda darinya.kesian dia tau.balik-balik dari rehat kami semua pelik tengok dia baru lepas tahan sakit dan nangis.hehehe…lepas tu apa lagi ustazah kami tayalah dekat ehsan itu,’naper ehsan?kenapa kamu nangis?’.mula-mula dia tak nak bagi tahu.tapi kawan aku yang buat dia macam tu mengaku pada ustazah.hahaha…puas satu kelas tahan ketawa.tapi kami semua kesian kat ehsan ni lah sebab kene buli.lepas itu ustazah marah kawan aku tu.kalau tak silap kawan aku yang buat ehsan itu namanya faris.hahaha…lawak betul..memang tak boleh aku lupakan.hehehe…=)tapi aku harap sekarang ini dia jadi lelaki yang kuatlah.tak kena buli dah.insyaallah.=)

ha’ sifat baik dia tu la aku rasa macam nak contohi sahaja.sikap dia yang apabila jumpa orang tak kiralah sama ada kenal atau tidak,sama ada tua atau muda memberi salam ketika bertemu dan menghulurkan tangan untuk berjabat salam.tapi dengan yang muhrim jer la.=)hehehe…

tiba-tiba lamunan ku terus tertuju pada pegawai di pejabat aku pula.huhuhu…dia ni lah yang membuakan aku agak sengsara ketika dipejabat itu.huhuhu…tapi kadang-kadang itu aku selalunya akan fikir positif lah.tapi hari ini memang aku rasa tension sangat.cuba la anda semua bayangkan pagi-pagi lagi dia dah bagi kerja.kerja itu aku kena buat asset pejabat.ok tak pe itu memang aku boleh terima lagi la.tapi kerja itu belum siap lagi dia dah suruh aku buat kerja lain pula.dia suruh aku carikan gambar-gambar aktiviti yang ptj kami telah jalankan pada tahun lepas.dia suruh asingkan dan pilih yang mana gambar yang terbaik.dan buat satu folder sebab nak hantar kat KPT esok.huhuhu…

dalam pada aku tengah buat kerja yang dia baru bagi tadi itu,boleh dia call aku.dan boleh pula dia tayer ‘iqa sekarang ini tengah buat apa?’ ya Allah aku kata dalam hati boleh dia tanye macam itu lagi dekat aku.tak tau la kenapa dengan pegawai aku yang sorang ini.huhuhu…sedangkan benda itu senang saja cuma nak cari po laptop dia saja.itu pon tak boleh nak cari sendiri ke???ish3…susah betul kalau dapat pegawai yang macam ni.=( moga-moga jika suatu hari nanti jika aku atau diri pembaca yang membaca blog ini tidak jadi pegawai yang sebegitu.insyaallah.=)kerana ketahuilah setiap yang anda buat kepada orang lain pasti akan mendapat balasannya.

aku rasa nak nangis saja.tak tahu apa nak buat.ye la dia tu pegawai lebih tua dari aku pulak tu.huhuhu…jadi aku kene tabahkan diri aku ini untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang.insyaallah.

aku bersyukur kerana masih ada insan yang sudi memberi nasihat supaya aku terus bangkit dari terus kecewa.dan terus bersemangat untuk meneruskan niat suci aku itu iaitu untuk menyambung pelajar aku yang tertunda ini.terima kasih kak as.semoga nasihat dan kata semangat kak as itu akan iqa pegang selamanya.insyaallah.=)

hehehehe…cukuplah setakat ini dahulu luahan rasa hatiku pada pagi yang syahdu ini.sampai tak sedar dah hampir jam 3 pagi aku menaip. ok la,opah aku pun dah sedar aku belum tidur lagi ini.hehehe..nanti dia risau pula.hehehe..(cucu kesayanganlah katakana.hahaha…)=D tapi apa-apa pun sebelum aku mengakhiri penulisan untuk blog aku ini,jika ada yang terasa ketika membaca luahan hati ini,saya dengan berbesar hati ingin memohon maaf.ok setakat ini dulu.assalamualaikum dan selamat malam semua.=)

No comments: