Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, January 9, 2010

sudah setahun rupanya aku bekerja...

alhamdulillah Allah masih menyanyangi diriku...rupa-rupanya sudah setahun aku bekerja di upsi ini.erm...aku daftar 2 januari 2009 sudah setahun enam hari rupanya...macam tak percaya sahaja.rasa sekejap sahaja rasanya masa berlalu.tapi apa-apa pun aku bersyukur kerana selama aku bekerja aku dapat menimba pelbagai ilmu dalam bidang pekerjaan.alhamdulillah...

dengan genapnya setahun aku bekerja di ipm ini,genap jugalah umurku 20 tahun.hehehe...dah 20 tahun rupanya anak pak cik salim ni...hehehe...macam tak percaya sahaja.tapi kena percaya juga.hehehe...selepas ini dah tak merasa umur belasan belasan lagi...hehehe...selamat tinggal umur belasanku...ngehngehngeh... =D

setahun aku bekerja kan...erm...apa yer yang aku dapat???ha' kalau sahabat-sahabatku nak tahu...banyak pengalaman manis dan pahit yang aku dah lalu.antaranya ialah aku mendapat pengalaman mempunyai bos.hehehe...beliau selaku pengarah di jabatanku dan juga selaku pensyarah di fakulti bahasa.

selain itu juga aku merasa pergi kursus dengan orang-orang yang lebih berumur dengan ku.ada yang boleh aku panggil kakak,abang dan ada juga yang aku boleh dipanggil mak cik dan juga pak cik kerana mereka hampir sebaya dengan ibu dan ayahku.tapi sebagai kakitangan aku harus menghormati mereka.jika aku geli nak panggil mereka dengan panggilan abang(yer la umur mereka pun lebih kurang ayah aku jer)erm..aku akan panggil mereka dengan panggilan encik.

antara kursus-kursus yang telah aku jalani dan memerlukan bermalam di tempat orang dan bukan dilakukan di dalan upsi ini ialah kursus bitara,kursus btn dan juga kursus induksi umum.erm...semua kursus itu memberi seribu kenangan bagiku.dan juga ada terselit dan meninggalkan kenangan pahit.

kursus pertama yang aku pergi adalah kursus btn di kem bina negara perlis di kaki bukit.huhuhu...kursus ini memang mencabar ketahananku tetapi alhamdulillah sebelum ini aku pernah ikuti PLKN.jadi tak rasa sangatlah dengan aktiviti dia yang lasak itu.dalam kursus ini aku rasa seronok sangat kerana aku dapat tambah kenalan.dan dapat jalani pelbagai aktiviti yang mencabar antaranya kembara,abseiling dan macam-macam lagilah.diakhir kursus ini kami akan menduduki peperiksaan jadi kami juga perlu memberi tumpuan didalam kelas.alhadulillah aku lulus dalam ujian itu.=)

erm...selepas itu,aku dipanggil pula ke kursus bitara.kursus ini melibatkan kakitangan akademik yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan juga kakitangan bukan akademik.jadi kursusnya dibuat di tempat yanga agak mahal sedikit iaitu di teluk dalam beach resort,pulau pangkor.pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah yang paling seronok ialah berkayak di tengah lautan.huhuhu...ini adalah aktiviti yang paling mencabar bagiku dan memerlukan kekuatan tangan.alhamdulillah akhirnya selamat juga aku sampai ke tempat penamat.selamat juga dan meninggalkan pelbagai kenangan manis.




kursus yang terakhir telah aku ikuti ialah kursus induksi umum.erm...kursus ini???erm..best3... sebab kami bermalam di pangkor bayview beach resort selama enam hari...banyak perkara yang kami buat bersama disana.kursus ini juga memerlukan kami menduduki ujian.tetapi ia tidak dilakukan pada hari akhir kami disana tetapi ujian dijalankan di upsi pada tarikh yang ditetapkan dan memerlukan kami menghantar assignment kumpulan.










ha' ada satu lagi kursus yang memang menarik bagiku.nak tahu apa dia...hehehe..kursus let's speak english.hehehe...kursus inilah sangat-sangat seronok kerana ia memerlukan diri kita bercakap dalam bahasa inggeris.hehehe...kursus yang paling lawak dalam diriku.ngehngehngeh...=Dantara aktiviti dalam kursus ini ialah kita perlu bercakap 5 minit di depan.hehehe...cakap la apa-apa yang mahu kita bentangkan.hehehe..

rasnya setakat ini dululah warkahku untuk kali ini.semoga kita jumpa lagi di warkah blogku di lain masa.insyaallah.assalamualaikum semua.salam sayang dariku untuk semua pembaca setia blog perantau nur kasih ini.=) jumpa lagi.tatata...=)

No comments: