Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, February 13, 2010

ajal maut di tangan Allah

erm...tergerak hati nak kongsi dengan kawan2 semua tentang pak long ku.erm...2 hari lepas aku dikejutkan dengan berita pak long berada dalam keadaan tenat selepas menjalani pembedahan jantung.subhanaallah aku rasa tersirap darah ku mendengarnya.

selepas abah memberi tahu opah.abah ajak opah pergi melawat pak long pada hari itu juga.opah terus nangis.pada mulanya aku tak tahu kenapa sampai opah boleh nangis.aku terus telefon abah tanya kenapa."abah nak bawa opah pergi tengok pak long.pak long dalam keadaan tenat.awak jaga diri elok-elok tau.abah bawa ahmad jer.tanya mak ngah nak ikut sekali tak?".erm..selepas itu aku terus cari mak ngah dalam keadaan agak terkejut dengan berita itu.

pada mulanya,aku tak nak ikut selepas mak ngah dan abah kata ada kosong lagi sorang kalau nak ikut boleh.aku apa lagi tak membuang masa."ayong nak ikut boleh tak?".mak ngah dan abah bagi green light aku apa lagi terus masuk rumah tukar baju dan pakai balun jer tudung kedut.hehehe...dah terdesak dah,nak buat macam mana. =) jadinya esok aku terpaksalah ambil EL.

sesampai di hospital serdang,kami berjumpa dengan adik beradik abah yang hadir tengok pak long.beberapa minit kemudian barulah kami naik untuk melihat keadaan pak long.erm...klo nak masuk bilik CICU tu kene dua orang bagi setiap lawatan.aku masuk dengan mak ngah.nasib baik air mata tak meleleh melihat keadaan pak long.aku tengok depan katil pak long ada lima orang nurse duduk untuk memastikan keadaan pak long sentiasa stabil.pak long berada dalam keadaan kaku dan di badanya penuh dengan pelbagai wayar dan ubat.

sambil melihat pak long,aku terbayangkan anak-anak dia yang masih kecil yang tinggal di rumah kerana tiada kenderaan untuk dibawa ke hospital.'macam manalah agak-agaknya keadaan budak-budak tu kat rumah.dah berapa hari tak tengok ayah tercinta.'huhuhu...rintih ku dalam hati.

dan dalam masa yang sama aku menempatkan diriku di dalam situasi itu.bagaimanakah agaknya andai kata jika ayahku yang berada di tempat pak long.masyaallah tak dapat aku bayangkan keadaan itu.

alhamdulillah keesokannya ketika kami melawat pada tengah harinya.keadaan pak long kembali pulih.dia dah boleh dengar apa yang orang cakap.dan dia boleh gerak-gerakkan kakinya.dan kadang-kadang dia cuba untuk bukakan matanya.ketika aku melawat tu la pak long baru ada respon.masa orang lain melawatnya masih belum boleh gerak-gerakkan kakinya.syukur alhamdulillah.aku rasa sungguh gembira melihat keadaannya kembali pulih.=) tapi pak long tak ada lah sedar seperti orang lain yang menjalani pembedahan sama dengan pak long.mereka dah boleh bangun.

alhamdulillah sekarang ni.anak-nak pak long ada dalam jagaan kami di kampung.lega sikit hati ini bila budak-budak tu ada di depan mata.yer la sekurang-kurangnya makan minum dia orang terjaga.dekat kampung pun sekarang ni aku tengok anak-anak pak long sedih jer.mungkin teringat kat ayah dorang kot.tapi apa-apa pun pak long dah kembali pulih.syukur alhamdulillah..

aku harap semoga pak long kembali pulih seperti sedia kala.dan mereka sekeluarga dapat kembali menjalani hidup seperti biasa.insyaallah.

No comments: