Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, March 1, 2010

andai hati ini gundah...


25 feb 2010.hari ini,ketika waktu maghrib,opah minta aku tolong sapukan ubat kat badan dia dan dalam pada itu dia memberi tahu ku bahawa sudah dua hari dia demam.erm...aku tengok muka opah memang dari riak muka dia nampak dia tidak berapa sihat.lebih-lebih lagi pada umurnya yang semakin meningkat.malam itu aku,aku tidur agak lewat.dan malam itu aku rasa opah tak boleh tidur,sebab aku asyik terdengar batukan dia.

26 feb 2010.alhamdulillah aku masih boleh bernafas lagi.pagi-pagi aku bagun untuk mengerjakan solat subuh aku lihat opah sudah bangun terlebih dahulu dariku.memang begitulah rutinnya,opah akan bangun terlebih dahulu dariku.hehehe...selepas selesai mengambil wuduk,aku lihat opah kembali membaringkan diri di atas katil."mungkin dirinya penat malam tadi tak dapat tidur agaknya."aku terfikir begitu.mungkin sebab sebelum ini memang begitulah rutinnya.jika anak-anaknya balik.opah mesti tak cukup tidur.bukan kerana mereka kacau opah atau apa.tapi dia risau.entahlah aku pun tak pasti apa yang dia risaukan.

pagi ini juga aku bercadang nak balik kampung.tapi sebelum tu aku nak tengok keadaan opah dulu.selepas selesai kemas barang-barang yang hendak dibawa balik,opah pun bangun.erm...aku tengok dia sihat jer.elok jer dia pergi tengok tv.jadi aku takde la nak syak apa-apa.jadi aku teruskan perancanganku untuk terus pulang ke kampung.sebelum balik tu memang macam biasa aku akan salam opah dan cium pipinya.sebab sudah terbiasa.=)

27 feb 2010.pada malam ini,dalam jam 11 malam,aku terima panggilan dari mok su.dia kata nak bawa opah pergi rumah dia.sebab opah tak berapa sihat.kalo kat rumah dia ada orang boleh jaga dia.sebab anak mok su yang kat uiam tu cuti dua minggu.jadi dia boleh tolong tengok-tengokkan opah kat rumah.

28 feb 2010.di pagi yang hening,ketika aku membukakan mata.aku terdengar suara abah bercakap dalam telefon.bukan niatku untuk mendengar perbualannya.tapi aku terdengar abah menelefon adik beradiknya perihal opah."mak ada dekat hospital tawakal.semalam masa dalam perjalanan nak bawa mak ke rumah zah,mak kene tarik sikit-sikit.jadi zah terus bawa mak ke hospital.tapi pagi ini zah cakap mak dah ok dah."bila aku terdengar jer ayat tu.aku mengucap panjang.tak disangka-sangka,sampai begitu sekali demam opah.subhanaallah.

jadi segala perancangan kami pada hari ini untuk makan bersama-sama adikku di matriknya tak jadi.sebab nanti nak pergi melawat opah kat hospital tawakal.selepas hantar barang pada adikku yang di matrik itu,perjalanan kami terus pula ke bota untuk menghantar pulang adikku yang duduk di asrama smka bota.selepas itu,kami ambil adik di rumah dan ambil mak ngah dekat TM dan kami terus ke Kuala Lumpur.

sesampai disana,aku rasa berdebar-debar untuk mengetahui keadaan opah.alhamdulillah opah kembali pulih.tapi keuzuran di wajahnya jelas terpamir.aku panjat syukur ke hadrat Illahi.tapi aku terkilan sebab ketika opah sakit aku tak ada disisinya.

malam tadi aku terpaksa tisur sorang-sorang.walaupun ada saudara yang menemani.huhuhu...rasa lain jer.

hari ini,01 Mac 2010.pagi ini aku bangun dari tidur rasa lain jer.ye la selalu bila aku mencelikkan mata,aku akan nampak sinar lampu dari ruang tengah opah.tapi pagi ini,aku sendiri yang memasang lampu itu.opah takde.opah ada dekat hospital.aku kene terima kenyataan itu.aku doakan supayua opah cepat sembuh.

pagi ini,aku pergi kerja tanpa salam tangan opah dan cium tangannya.sedihnya....rasa nak menitis air mata ini.ya Allah selamatkanlah opah ku.panjangkanlah umurnya.

No comments: