Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, February 6, 2010

sakit perut...demam...keracunan makanan...

assalamualaikum semua...lama rasanya tidak buat post baru.erm...alhamdulillah minggu ini aku dah sihat dari demamku.dah kembali cergas melakukan kerja-kerjaku di pejabat ini.

28 jan 2010 (12 safar)
pagi ini aku minum susu tepung anlene yang ku beli semalam ketika menemani kak kema memmbeli keperluan rumahnya.pagi tu macam biasa la aku sarapan minum susu segelas dan siap-siap untuk pergi kerja.sampai-sampai dekat pejabat perut ku rasa sebu.huhuhu...dah mula tak senang duduk dah.nak buat kerja rasa tak larat dah.dan asyik keluar masuk toilet jer dah.erm...rasa loya-loya tekak dah menyerang...rasa pening dah menular kat segenap kepala ku ini.huhuhu...

tengah hari tu aku dah tak tahan dah.rasa memang tak boleh nak buat kerja langsung.rasa nak baring jer atas katil.semua akak pejabat dah suruh aku balik dah muka pun dah pucat.huhuhu...erm...tengah haritu aku terus balik.tapi sebelum balik aku pergi klinik dulu nak ambil mc.aku dapat la mc sehari dan 4 paket ubat.

masa nak balik dari klinik tu rasa macam dah tak boleh nak bawa moto la pulak.perut terasa senak yang teramat sangat.tapi nak buat macam mana aku kene kuatkan diri untuk balik ke rumah.sesampai kat rumah aku terus membaringkan diri di atas katil.dan lenyap sudah kehidupanku pada hari itu.hanya tinggal kegelapan menyelubungi diri.aku cuma terjaga dari tidur apabila waktu solat dan ada temu janji dengan toilet sahaja.alhamdulillah malaikat masih mahu gerakkan aku untuk bangun menunaikan kewajiban ku kepada Allah.

29 jan 2010 (13 safar)
aku masih seperti semalam...hanya kegelapan menyelubungi setiap masa yang berlalu.ini kerana badan ku betul-betul tak larat untuk bangun.hari ini aku terpaksa pergi klinik juga untuk ambil mc kerana badan masih tak sihat.alhamdulillah doktor bagi aku mc.dari semalam perutku hanya di isi dengan air kosong dan ubat yang diberikan oleh doktor.erm...hari ini pun sama malaikat masih menggerakkan ku untuk bangun solat.bila waktu solat jer aku mesti terjaga dengan sendiri.alhamdulillah...

30 jan 2010 (14 safar)
hari ini aku beransur pulih sedikit.tapi masih tak larat nak buat apa-apa lagi.masih pening-pening dan sentiasa ada temujanji dengan toilet.memang rasa tak tahan nak hadapi semua ini.alhamdulillah hari ini opah buat sup ayam.jadi aku makan la nasi 2 sudu.

31 jan 2010 (14 safar)
hari ini demam ku beransur pulih.anak mak ngah merangkap kakak sedara ku ada balik.hari ini dia masak tom yam.ermmm...sedap yer tom yam yang dia masak tu.samapi aku nak tidur petang pun tak boleh teringat dekat tom yam dia tu.hehehe...hari ini aku ada selera nak makan tom yam jer.tapi nasi masih lalu dijamah 2 sudu sahaja.huhuhu...tom yam yer banyak la aku hirup kuahnya.sedap sangat.terima kasih kak ina macam tau-tau jer aku memang nak makan benda yang macam itu.=)

1 feb 2010 (15 safar)
hari ini aku dah mula kerja kembali.mula-mula rasa ok hari ini kerja seronok.yer la dah 4 hari aku tak keluar-keluar dari rumah.sampai dekat pejabat semua tanya iqa ok ke??hehehe...alhamdulillah beransur pulih aku katakan.erm...tiba-tiba kepala ku jadi pusing.huhuhu...rasa memang tak boleh nak buat kerja.tapi aku kuatkan semangat yang tinggal sisa-sisa ini untuk menghabiskan waktu kerja ku hari ini.

waktu balik jer.tepat jam lima aku terus pulang.sesampai dekat rumah aku terus merehatkan badan dan terus terlelap sehingga jam 7.huhuhu...rasa lega sedikit selepas bangun dari tidur tu.

2 feb 2010 (16 safar)
alhamdulillah hari ini aku memang benar-benar dah sihat.rasa seronok sangat.yer la hampir 5 hari aku sakit dan akhirnya Allah masih memberi peluang untuk aku kembali sihat seperti sedia kala.=) mungkin ini dugaan dari Allah untuk hambanya.untuk menguji tahap kesabaran keimanan ku.dan insyaallah dapat tolong menghapuskan dosa-dosa kecil ku.dan sehingga sekarang aku rasa fobia dengan susu.huhuhu...sampaikan iklan susu anlene tu pun aku alih bila keluar iklan tu.huhuhu...dasyat tu kan...=) tapi apa-apa pun lepas ini tak tau la bila lagi aku boleh minum balik susu yang selalu aku minum tu..=)

itulah serba sedikit peristiwa ku untuk dikongsikan bersama-sama dengan teman-teman...=)moga-moga kita boleh berjumpa dilain masa dan waktu lagi.insyaallah..
salam sayang...salam ta'ruf...salam ukhwah... =)

No comments: