Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, February 10, 2010

Solat diakhir waktu


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat.Jika berpuasa,amalan kita terus pada Allah.Tapi jika kita bersolat, ada 'posmen pula yang hantar amalan kita padaNya.

Setiap kali kita solat,ada malaikat yang hantarkan amalan solat kita padaNya.Ia kena melalui 'tol-tol' di setiap lapisan langit.Malaikat yang menjaga setiap 'tol' ini.Jika solat pada awal waktu,tidak perlu bayar 'tol'.Maknanya tidak ada sekatan.Tidak ada jam.Malaikat terus sampaikan amalan kita pada Allah SWT untuk dinilaikan.

Jika solat pada akhir waktu,tidak perlu bayar 'tol' juga,tapi sekatannya,masyaAllah! Dilangit pertama,penjaga 'tol' marahkan posmen kita.Disoalnya,mengapa lewat poskan amalan kita?Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan,tapi penjaga langit pertama tak hiraukan,sebaliknya amalan lewat solat tadi dicampakkan balik ke bumi lalu jatuh berderai!

Maka tidak sampailah amalan kita pada Allah seolah-olah kita tidak solat juga.Jadi bersedialah kita menerima pembalasannya,jika tidak diakhirat,didunia...hilang duit,hati risau,ujian bertimpa-timpa.

~mesejnya mudah...jangan lengahkan waktu solat.jadi sama-samalah kita berusaha untuk menunaikan solat diawal waktu.insyaAllah. =)

selamat beramal. ;)

No comments: