Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, March 19, 2010

Ayuh kita pupuk budaya membaca kawan-kawan!

Ayuh kita pupuk budaya membaca kawan-kawan! =) Membaca adalah amalan yg mulia.Dgn membaca juga kita akan dapat menambah ilmu pengetahuan.Ermmm...sekarang ini saya tengah membaca buku Tentang Cinta karya Pahrol Mohd Juoi.

Buku ini memang best. Saya dah baca sekali,itupun pinjam di library. Tapi yer la kalau kita baca buku yg kita pinjam mesti tak sama dengan buku yg menjadi milik kita. Jadi semalam saya telah membelinya di pesta konvokesyen.

Erm...saya nak baca sekali lagi buku ni.Al maklumlah,sekarang ni saya sedang meniti alam remaja. Jadi saya tak nak terjebak dengan CINTA yg salah. Jadi saya memperbanyakkan membaca buku-buku ilmiah tentang Cinta atau tentang apa2 sajalah yg membolehkan menjadi panduan saya.

Jadi sama-samalah kita mengamalkan budaya membaca. Ayuh kawan-kawan semua,kita membaca.=) Selamat beramal.

No comments: