Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, April 2, 2010

JaLaN-JaLaN Beli HaDiaH BaBy KaK KeMa... =)

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah aku masih bernafas lagi di bumi Allah yang indah ini. Hari ini. Dah masuk 1 april 2010 bersamaan 16 Rabiulawal 1431 H. Erm...hari ini juga hari yang keempat anak Kak Kema berada di dunia.

Hari ini aku temankan Kak Mira beli hadiah untuk Kak Kema. Hehehe...aku ni bukan boleh kalau tengok barang-barang baby ni. Rasa geram jer. Semuanya comel-comel belaka. =) Hehehe...dalam keralikan aku melihat barang-barang baby, sempat lagi tu aku mengambil sekeping dua gambar bersama barang-barang baby di pasaraya itu.hehehehe...

Bila tengok barang-barang baby ni rasa tak sabar pula nak pergi tengok anak Kak Kema Sabtu ni. Dan dalam masa yang sama tiba-tiba pulak aku terfikir...'macam manalah aku agaknya bila dah jadi seorang ibu..?'. Hehehe...tak tau la kenapa tetiba pula terfikir macam itu. Mungkin sebab umurku sudah berginjak keangka 20. Ermmm tapi apa-apa pun aku berharap semoga Kak Kema bahagia bersam keluarga tercinta. Insyaallah. Amin.

No comments: