Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, March 31, 2010

PeSTa BuKu aNTaRaBaNgSa 2010


Alhamdulillah dapat juga aku pergi Pesta buku Kuala Lumpur 2010 dekat PWTC.aku pergi dengan Kak Mira naik komuter.Sampai jer kat sana subhanaallah ramainya orang.Alhamdulillah rakyat Malaysia masih suka membaca.Nak jalan pun susah bertolak-tolak.Aku pun risau takut terpisah dengan Kak Mira.Jadi aku terpaksalah pegang lengannya.hehehe..dah berkepit macam pasangan couple lak.=) Dekat sana bermacam gelagat manusia aku jumpa.(macam-macam ada).Kadang-kadang tersenyum aku sendirian.

Macam-macam buku aku beli.hehehe...bukan senana nak jumpa buku-buku ni dan dapat diskaun pula tu.=) Aku beli buku untuk diri ku sendiri,ibu ku, adik-adik remaja ku dan adik-adik ku di sekolah rendah.erm...mesti dia orang semua tu tak sabar nak tunggu aku balik.hehehe..aku pun tak saba nak bagi buku-buku tu untuk dia orang baca.

Erm..Ada satu buku tu aku beli tajuk dia, Dear Yayah keluaran PTS.hehehe...Best sangat cerita dia.Lawak.Hehehe...=D

Selain itu, aku juga telah singgah di gerai IKIM.fm.hehehe..dapat jumpe dengan dj Mahathir Shaharuddin dan dj Siti Rohani.Sorang hensem sorang lagi cun.=) Seronok sangat dapat berjumpa dengan dia orang.Almaklumla selalu dengar suara jer dekat radio IKIM tu.Sekali dapat juga bertemu dua mata dengan dia orang.Jadi dapatlah aku poskad yang ada gambar semua dj-dj IKIM dan yang penting dapat ambil gambar dan tanda tangan dia orang.=) Rasa macam bermimipi pula.

No comments: