Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, March 16, 2010

aWal TaHuN YaNg PeNuH DeNgaN Dugaan...

"ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui setiap sesuatu"

erm...begitulah nasib kita dalam kehidupan ini.hanya Allah sahaja yg mengetahui setiap sesuatu yg berlaku itu.begitu jugalah dengan kehidupan ku ini.pada awal tahun ini ku rasa begitu menduga keimanan dan kesabaran ku.

mula-mula Allah menguji ku dengan keadaan pak long ku yg berada dalam keadaan kritikal selepas dia menjalani pembedahan hati iaitu pada 10 februari 2010.tapi alhamdulillah sekarang keadaan pak long ku beransur pulih seperti sedia kala.semoga dia dapat menjalani hidup seperti insan lain bersama kelaurga dan insan yg tersayang.

selepas pak long ku sihat,pada 4 Mac 2010 aku dikejutkan pula dengan keadaan opah ku.yg tiba-tiba dimasukkan ke hospital di atas sebab tekanan darahnya yang tinggi dan membolehkan dia hampir-hampir mendapat strok.tapi alhamdulillah sekarang opah ku kembali pulih.sekarang ni keadaannya makin pulih tapi aku tengok keadaannya makin uzur.jadi setiap malam aku terpaksa menjaganya dan tidur berdekatannya takut trjadi apa-apa padanya.

dan yg terbaru, Allah masih mahu menguji keimanan dan kesabaran ku.orang yg paling aku sayangi iaitu ABAH ku.abah ku telah ditahan di hospital pada 11 Mac 2010.pada kali inilah aku rasakan kesabaran ku begitu teruji.pada mulanya aku tidak tahu,kerana ibuku tidak mahu aku tau kerana dia risau aku risau.tapi akhirnya adik ku memberi tahu ku.patut la,pada hari esoknya aku telefon ibu suara ibu macam resah jer.rupa-rupanya ada berita yg dia rahsiakan dari pengetahuan ku.nasib baik la adik ku memberitahuku kalau tidak pasti aku tidak akan tahu perkara ini.selepas aku mengetahuinya,aku tidak dapat menahan sebak di hati.aku menangis sepuas-puasnya selepas tenang barulah aku meminta kebenaran pegawaiku ingin mengambil cuti separuh hari untuki melawat abahku.

alhamdulillah sekarang abah dah keluar dari hospital.tapi dia masih terasa urat dilehernya seperti tegang dan sering berasa kebas-kebas.erm..doktor kata darah abah ku begitu tinggi dan boleh menyebabkan abahku boleh mendapat strok.

bila aku dengar cerita ibu ku tentang masalah ayah ku itu.aku tau abah mengalami tekanan di pejabat.sebab itulah tekanan darahnya begitu tinggi.

erm...begitulah ujian-ujian yg Allah turunkan kepada diriku.semoga dengan ujian-ujian ini, aku akan tabah dan mematangkanku dalam menjalani kehidupan yg mendatang.insyaallah..=)

No comments: