Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, April 28, 2010

SALAHKAH BERCINTA..?

Assalamualaikum sahabt-sahabat semua. Alhamdulillah malam ini kau berkesempatan untuk update blog ku yang tercinta ini. Ermm tajuk kali ini agak menarik sedikit (ermm yeke menarik sedikit?). Hehehe.. Petikan ini saya ambil dari Buku Tentang Cinta karya Ustaz Pahrol Juoi. Tapi apa-apa pun mari kita hayati isi kandungannya.

REMAJA selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri (instinct) setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cintapasti ada maksud dan tujuan.

Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, Dia juga telah mencipta peraturancinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggaroleh manusia, khususnya para remaja. Rasa cintatidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlaku 'cinta terlarang' - yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan Allah.

Ketika itu fitrah bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau di isi mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi janganlah kita hanyamengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNya peraturan cinta - yang juga datang dari Allah.


OK! anda semua sudah baca karya Ustaz Pahrol..? Apa pandangan anda pula bila berbicara tentang cinta..?

No comments: