Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, April 9, 2010

Untukmu Wanita

Alhamdulillah selesai sudah saya membaca buku ini. Buku Untukmu Wanita karya Zaharuddin Abd Rahman. Seronok baca buku ini. Penjelasannya ringkas dan mudah difahami. Insyaallah..=)

Saya ambil sedikit kata-kata dalam setiap bab buku ini buat renungan bersama-sama.

Wanita, Aurat dan Maruah:
Jika anda berada di hadapan Baginga SAW, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?

Wanita dan Munakahat:
Tiada salahnya 'perigi mencari timba'. Ada wanita yang berkenan kepada lelaki yang baik namun menghadapi masalah untuk mulakan langkah.

Wanita dan Rumah Tangga:
Cemburu itu satu tuntutan. Fahami dan sedarilah bahawa anda sebenarnya memiliki seorang suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Buku ini juga sesuai untuk dibaca oleh kaum adam untuk menambahkan lagi pemahaman tentang wanita. Moga kita sama-sama dapat memanfaatkan apa yang dibaca. Insyaallah. Selamat membaca bagi anda di luar sana.=)

2 comments:

fitrijohari007 said...

oo..igtkan ppuan je ley bce..sebab tajuk pun dah untukmu wanita..hehe

NuR KaSiH aTieQaH said...

hehehe...xsemestinya en.fitri johari...kadang2 buku ttg perempuan pon kaum adam perlu membacanya supaya lebih tahu dgn lebih mendalam ttg kaum hawa dan sebaliknya..betul tak..?