Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, May 26, 2010

Buah Hati Ku





Dulu Universiti inilah yang menjadi idaman ku. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA. Masa mula-mula mahu mengenal di mana arah tujuan ku. Aku hanya nampak destinasiku adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sampaikan kadang-kadang bila buat biodata(kan dulu-dulu budak sekolah suka sangat ambil biodata kawan-kawan) di kahir biodata ku akan tersemat kemas see you d ipt d uiam. Erm..sampai begitu sekali minat ku terhadap universiti ini.

Aku pun tak pasti kenapa dan mengapa aku begitu meminati universiti ini bukan universiti yang lain. erm..mungkin sebab masa dulu aku fanatik sangat dengan kumpulan nasyid. Sebabnya kan ahli kumpulan nasyid rata-ratanya dari UIA. Mungkin itu kot sebabnya. Dan lagi satu,aku rasa mungkin di sana dari segi lahiriahnya nampak seperti begitu islamik. Sebab tu la aku suka sangat dekat UIA ni.

Tapi semuanya hanya tinggal kenangan. Hajat ku untuk melanjutkan pelajaran ke UIA tidak kesampaian. Keputusan SPM ku pun tidak melayakkan aku ke UIA. Tapi alhamdulillah Allah itu maha kaya, kini aku telah di tawarkan bekerja dahulu sebelum melanjutkan pelajaran kemana-mana. Alhamdulillah bekerja pun aku dapat di universiti. Jadi dapat jugalah merasa hidup di kampus. Insyaallah bulan tujuh 2011, hajatku untuk melanjutkan pelajaran ke universiti akan tercapai jua. Tapi bukan di universiti idaman aku. Insyaallah di UiTM Shah Alam. Insyaallah. Doa-doakan aku dapat melanjutkan pelajaran di sana peringkat diploma.

Dulu(masa sekolah la) bila sebut sahaja ada rombongan ke ipt-ipt, aku pasti akan menawarkan diri. Cuma dapat pergi dengan tidak sahaja. Maklumla aku di sekolah tidaklah sefamous kawan-kawan aku yang lain. Aku ni budak yang pendiam, malu dan lemah lembut(eh ye ke..?hehehe..betul la tu orang kata la..).

Teringat satu hari tu, ada rombongan ke UIA. Ada lagi satu tempat kosong sahaja, nasib baik kawan aku sorang ni cakap kita ajak tiqah nak. Dia kan suka kalau lawatan ke universiti-universiti ni. Alhamdulillah akhirnya aku dapat pergi juga ke universiti idaman aku. Erm..masa tu kalau tak silap tingkatan tiga. Tersenyum lebar aku. Erm..dan aku juga tidak terlepas dari membawa kamera. Hehehe..Maklumla nak merakam kenangan di universiti buah hati ku.

Erm..sampai sekarang masih segar lagi kenangan itu. Moga ia terpahat padu selamanya. Insyaallah. Dan bulan tiga baru-baru ini, aku dapat pergi UIA kampus cawangan di Nilai. Dan aku dapat masuk melihat asramanya di sana. Asrama yang di kata rumah kedai oleh sahabatku. Erm..baru ku faham dan mengerti itulah rumah kedai yang dimaksudkan beliau. Tapi any way selesalah disana. Biasalah asrama kan. Saya pun pernah duduk asrama tiga tahun. Jadi memahami bagaimana keadaan asrama.


Dan sekarang aku pun macam tak percaya, dapat kenal kawan-kawan dari UIA. Insyaallah. Dan ramai lagi kawan-kawan di internet seperti di blog, di facebook, di tagged,di friendster dan yahoo connection. Ada yang setakat kawan-kawan biasa tapi ada juga yang sudah menjadi rapat dan boleh berkongsi masalah. Moga hubungan ini kekal selamanya.Insyaallah.

dalam hati: kalau tak dapat masuk UIA, dapat orang UIA pun jadi la. Hehehe..=)

3 comments:

dakwatunnisa said...

Salam perjuangan buat ukhtie atieqah.
InsyaAllah,rezeki anti ada di uitm. Jangan putus harap pada rezeki Allah. Dimana kita berada,yang paling penting hati kita tunduk pada Allah.=)

Mohamad Izwan said...

di mana2 pun kita belajar,semua nya sama.. maju mundur diri sendiri bukan terletak pada nama univerisiti,tapi pada diri sendiri..

NuR KaSiH aTieQaH said...

syukran dakwatunnisa dan mohamad izwan..=) erm..betul tu..rezeki nak belajar ada di mana2..insyaallah di uitm pun boleh belajar asalkan rajin berusaha..=)itu hanya kisah lalu jer..xtau kenapa terlalu fanatik sangat..tapi sekarang dh xkisah dah..=) insyaallah segala yg terbaik Allah dah aturkan utk kita semua..insyaallah..=)