Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, May 16, 2010

Hanya Pada Mu...

guru
diri mu umpama mentari
yang menerangi kehidupan ku
tanpa mu diri ku sepi
dalam mencari secebis ilmu
buat bingkisan rindu ilmu ku
dalam menempuh layar kehidupan
layar yang penuh liku dugaan
yang memerlukan kemantapan ilmu
yang memerlukan pengorbanan minda
semuanya datang dari mu

guru
hadir mu dalam hidup ku
amat bermakna
engkaulah tunggak segalanya
dalam mencapai matlamat diri
jasa mu akan ku kenang
hingga ke akhir hayat ku
andai tiada diri mu
pasti diri ku tidak sampai ke tahap ini
berjaya dan terus berjaya
dengan ilmu yang kau berikan

guru
maafkan diriku
andai terdapat debu-debu dosa
yang telah ku kotori
sepanjang menjadi anak didikmu
kemaafan dari mu
ku harapkan
moga keredhaan dari Illahi ku kecapi
moga kita sama-sama
moga kita bahgia
dalam mengecapi nikmat hidup ini

guru yang ku sanjungi
diri ku mendoakan
semoga kau sentiasa di bawah
lembayung rahmat dari Nya
redhaNya ku harapkan buat dirimu
kasih sayang ku buat mu
akan tetap terpahat di hati ku
dan
insan yang bernama GURU
akan tetap kusanjungi
buat selama-lamanya



salam sayang dari anak murid mu..,
Nurkasih Atieqah
160520101305

2 comments:

KiKo Berdendang said...

Terima Kasih Buat AtiQh walau madah ini umum tujuannya, namun dihati tersentuh jua...

NuR KaSiH aTieQaH said...

sama2 cikgu Om..=)
jasa mu yg bergelar GURU akan ku kenang hingga ke akhirnya..
insyaallah..
moga guru2 ku sentiasa dalam redha dan rahmat dari Nya...
insyaallah..=)