Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, May 25, 2010

Rumah Ku Syurga Ku


'Di mulakan dengan bismillah. Di sudahi dengan alhamdulillah. Begitulah sehari dalam hidup kita. Mudah-mudahan dirahmati Allah.'

Di pagi yang hening ini. Aku memohon dari Mu ya Allag agar dapat meneruskan penulisan ku di blog ini. Semoga ada post yang terbaru buat tatapan teman-teman blog ku.

Hai! Assalamualaikum kawan-kawan. Berjumpa lagi kita di hari ini dengan post yang bertajuk Rumah ku Syurga Ku. Mari kita jelajahi cerita ini.

Setibanya aku dirumah...

"Kak Yong,Kak Yong. Ye ye Kak Yong balik. Seronoknya adik." Begitulah kata pertama yang aku dengar ketika sampai di rumah pada hari Jumaat lepas.

"Yer adik. Ni ada ayam goreng kak Yong beli. Makan sama-sama. Kongsi dengan semua yer." Kata ku kepada adik ku.
____________________________________________________________________

"Anas petang ni tolong abah sembelih itik." Kata ayah ku kepada adik ku Anas.

"Anas takut la abah."

"Ish apa nak takutnya. Anas pegang jer. Abah yang sembelih. Kak Yong dulu besar anas pun dah tolong abah. Takkan Anas anak lelaki takut-takut. Ish buat malu jer."

"Hehehe.Ok la abah. Anas tolong."

"Pegang elok-elok. Pegang kuat-kuat. Nanti kalau abah kata lepas baru lepas tau. Jangan takut-takut."

Dengan lafaz bismillah selamatlah dua ekor itik yang di pelihara beberapa bulan di sembelih. Dan petang itu sebuklah kami adik beradik menyiapkan barang-barang untuk masak rendang itik. Aku pula pergi ambil serai belakang rumah. Dan megupas kelapa.

"Erm..sedapnya rendang ni ibu. Nanti kalau raya ibu masak macam ni yer. Sedap la. Adik suka." Adik bongsu ku sudah berangan nak makan rendang ini ketika hari raya.

Erm..pandai pula budak ni. Baru umur 4 tahun dah pandai. Sambil memerah kelapa, aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya adik ku.

"Sedap ke adik..? Boleh nanti ibu buat yer." Begitulah janji ibu ku.
____________________________________________________________________

"Ini ada ikan patin abah beli tadi. Pergi basuh. Tengah hari ini kita masak ikan patin gulai tempoyak." Kata ibu ku.

"Wah sedap yer ibu. Macam kendurilah pula. Semalam makan rendang itik. Hari ini makan ikan patin gulai tempoyak la pula. Wah best best best. Tapikan ibu, ayong dah lama tak makan ayam masak gulai.Hehehe..." Kataku.

"Ala tak pe. Nanti lain kali semua ada, kita buat. Ikan sumbat pun Ayong dah lama tak makan kan. Nanti ibu buat."

"A'ah la ibu. Dah lama sangat tak makan ikan sumbat."

Wah ibu aku ni ingat lagi makanan kegemaran ku. Terharunya aku. Terima kasih yer ibu.

Tengah hari itu, kami sekeluaga makan berjemaah. Seronok sangat. Memang kami selalu makan berjemaah. Abah ku memang suka makan beramai-ramai. Jarang sangat kalau makan sorang-sorang ni. Berjemaah membawa berakah. Insyaallah.
____________________________________________________________________

Begitulah kehidupan kai sekeluarga. Kalau semua ada lagi seronok. Abah kata minggu depan nak pergi mandi air terjun. wah aku apa lagi seronok sangat. Aktiviti maca ini memang kegemaran ku. Abah kata saja minggu depan nak pergi air terjun. Aku terus jer kata. "Nak abah nak pergi. Wah best yer. Kita pergi air terjun kat Sungai Sulu tu." Hehehe..aku pun dah jadi macam adik-adik kecil ku. Kata jer nak pergi aku nombor satu bagi respon. Hehehe..=)

Ok. Setakat ini dahulu cerita ku. Insyaallah di lain post akan ada yang lebih menarik. Aku tak boleh lama di sini. Banyak lagi kerja yang menanti. Insyaallah kalau kesihatan dan kelapangan masa ku mengizinkan aku berbicara, kita berjumpa lagi di post-post akan datang.

Akhir kata dari ku, sayangilah keluarga anda. Pasti hidup anda akan bahagia selamanya. Insyaallah. Salam sayang dari ana Nurkasih Atieqah..=)

No comments: