Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, May 10, 2010

:: SeLaMaT HaRi iBu ::

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan buat diri ini untuk menulis coretan sempena hari ibu. Insyaallah. Walaupun kelewatan sehari. Tapi tidak mengapalah. =)

Firstly saya nak ucapkan Selamat Hari ibu, Ibu. Terima kasih diatas segala jasamu dalam mendidik anak-anakmu ini. Semoga ibu sentiasa mendapat rahmat dariNya. Insyaallah jasamu akan kami kenang hingga keakhirnya. Tanpamu tiadalah kami di dunia yang indah ini. Doakan kejayaan buat anak-anak mu ini. =) Ayong sayang ibu. =)

Sempena 9 Mei juga adalah befday adik kembar ku. Adik kembar yang macam-macam ragam walaupun mereka sudah remaja. Kadang-kadang tersenyum sendirian jika teringat telatah mereka berdua. Selamat Hari Lahir Yang ke-19 buat adik kembar ku Angah dan Uda. =) Ayong doakan semoga succes dalam semua bidang yang di ceburi dan semoga dirahmati Allah dunia akhirat. Insyaallah.

Ketika kami sekeluarga berkumpul di rumah, ada rasa sedih di hati ku juga kerana seorang adik kembar ku yang berada di Bota tidak dapat balik. Ini kerana dia tinggal di asrama. Tapi tidak mengapa insyaallah nanti kita jumpa yer angah.
Alhamdulillah sempena hari ibu, saya telah berkesempatan pulang ke rumah dan meraikannya bersama-sama keluarga tercinta. Erm..ketika hari ibu juga saya telah membuat dua biji kek. Satu kek coklat(alhamdulillh jadi) dan sebiji lagi kek biasa(alhamdulillah kurang jadi). Ahaks3.. =D Erm..entah la selalu saya buat jadi saja. Ni masa hari ibu pula kek tu tak jadi mungkin kerana sudah lama tak buat kek kot. Macam lawak pun ada. Yer la kek yang simple pun boleh tak jadi. Hehehe.. Nasib baik otak ni geliga sedikit. Jadinya saya buat coklat cair dan taburkan atas kek itu. Hehehe.. So sedap la sedikit.

Keluarga ku tersayang..

Kalau dah berkumpul ramai-ramai di rumah tu. Maknanya tak lengkaplah tanpa celoteh adik-adik ku yang bermacam-maca ragam. Dari yang besar hinggalah yang kecil. Macam-macam ada. =)

Alhamdulillah sekarang aku sudah pulang ke rumah opah dan akan meneruskan kerjaku. Aku berdoa semoga keluarga kami kekal bahagia dan di rahmati Allah dunia akhirat. Insyaallah.


Saya sayang keluarga saya...=)

2 comments:

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

hehe,,,waa kecik2 lagi ye family awak,,bezz wo,,

saya dulu bez ar,,coz fmly ramai 8orang da tu umo xjauh beza....

tp skunk ramai da kawen,,,,so kurang la,,

NuR KaSiH aTieQaH said...

a'ah memang seronok...
kalau dapat semua berkumpul tu mmg seronok sangat-sangat..
macam-macam ragam...=)
erm...lokman pon adik beradik 8 orang...
sama la kite yer..=)
saya pon lapan n beza umor pon xjauh juga...=)