Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, May 18, 2010

:: TEMUDUGA ::


Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Erm..hari ini nak cerita tentang temuduga. Mungkin disebabkan dalam minggu ini sahaja saya asik dengar perkataan itu. Iaitu TEMUDUGA TEMUDUGA dan TEMUDUGA.

Ayong. Ahmad pergi temuduga itu. Tapi dia pergi sendiri naik motosikal. Abah tak dapat cuti.

Eh Tiqah bilik 1 Tadahan Utara dekat mana? Nanti aku ada temuduga la Sabtu ni dekat situ. Yah hari Rabu ini.

Erm...begitulah antara ayat-ayat yang aku dengar semenjak dua menjak ini. Dan yang paling rapat dengan saya adalah adik sendiri. Iaitu Ahmad Izullah. Alhamdulillah selepas selesai menghadapi ujian bertulis pada hari itu. Dan hari ini adik lelaki bujang saya pergi temuduga di Politeknik Ungku Omar untuk jurusan Diploma Penyelenggaraan Pesawat. Tak tahu lagi bagaimana keputusannya nanti.

Sebut tentang temuduga ini, teringat pula masa mula-mula aku menghadiri temuduga kerja. Hehehe. Kenangan seumur hidup itu. Insyaallah. Erm..sebelum temuduga itu.jangan main-main saya siap baca buku bagaimana menghadiri temuduga yang terbaik. Hehehe.. Almaklumla first time.

Masa sampai di tempat temuduga. Aduh dada ku dup dap dup dap. Erm..dah macam baru lepas berlari 100 meter. Hehehe. Masa itu, ibu dan abah yang menemani saya.

Nur Atiqah Salim. Nama itu dipanggil. Aduh kini giliran saya pula. Kau boleh Atiqah. Kau pasti boleh. Tarik nafas panjang. Kuatkan semangat Atiqah. Jangan cepat gemuruh. Kalau penemuduga tanya jawab, jangan senyap. Mesti jawab dengan konfident walaupun jawapan itu tidak berapa tepat. Erm..begitulah saya mengingatkan diri ketika dalam perjalanan untuk masuk ke bilik temuduga.

"Assalamualaikum." kataku
"Waa'laikumsalam. Sila duduk.." kata salah seorang penemuduga.

Dan bermulalah sesi temuduga ku itu. Tapi soalan mereka bertiga agak pelik-pelik. Setahu saya, saya temuduga untuk dapat kerja pembantu tadbir. Tapi mereka tanya saya bagaimana kalau nak buat mee goreng. Cuba ceritakan cara-cara memasak mee goreng..? Erm..mungkin mereka tengok sijil memasak saya itu yang dapat tempat pertama. Sebab itu mereka suruh saya cerita bagaimana cara memasak mee goreng yang saya masak ketika pertandingan itu. Hehehe.. Apa lagi saya pun cerita la satu persatu. Ada juga yang tunggang terbalik. Hehehe. Almaklumla gemuruh.(gemuruh jiwa semangat membara..) Hehehe..=)

Selepas hampir 30 minit, temuduga pun berakhir. Sebelum berakhirnya temuduga, sempat saya menanyakan bila keputusan temuduga ini akan keluar. Dengan itu, berakhirlah sudah sesi temuduga itu. Syukur alhamdulillah. Dan hanya menunggu tawaran temuduga.

Kini telah setahun kenangan itu berlalu. Tetapi bagi diri ku rasa seperti baru sahaja berlaku. Dan alhamdulillah kini aku bekerja di situ. Syukur kehadrat Illahi. Berkat doa dari ibu,abah,diri ku dan juga pertolongan dari Nya.

6 comments:

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

waa sudah bekerja rupanya kawan nie,,haha,,,

bagos2...

hebat adek awk tu,,dpt g temuduga
maintnence pesawat,,,

moga2 dapat,,

NuR KaSiH aTieQaH said...

hehehe...
alhamdulillah...
tapi muke nampak still cam dak kecik ag...
ahaks3..=P

insyaallah..moga2 dia dpt apa yg dia impikan..=)

syauqah wardah said...

iye? bdk kecik pegang baby nampak cam bdk besar la.. hik hik..

ayat jeles.. baby saper ko dukung kat fb tu? cumel sgt la.. rasa nak culiks je..

NuR KaSiH aTieQaH said...

hahaha..
tu baby aku la..
ko jeles k azmah..?
ahaks3..=P

KiKo Berdendang said...

mantap la atieqah ni..ada pesona bintang. campak la kat mane pasti berjaya....

NuR KaSiH aTieQaH said...

hehehe...
membuat laksa hari sabtu,
sedap sungguh rasanya laksa,
naper cikgu berkata begitu,
diri ku hanya insan yang biasa.

=) =) =)
insayaallah cikgu..
semoga dugaan dapat ditempuhi dengan sebaik2nya..
insyaallah..=)