Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, May 20, 2010

❤ :: WANITA IDAMAN LELAKI :: ❤


Wanita idaman lelaki ialah:
yang hatinya di saluti taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam,
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang yang berjuang di jalan Allah

wanita idaman lelaki ialah:
yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

wanita idaman lelaki:
wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

wanita idaman lelaki ialah:
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sahabiyyat
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari dibelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

wanita idaman lelaki ialah:
tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

wanita idaman lelaki ialah:
yang sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

wanita idaman lelaki ialah:
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
disitulah rumah idamanya
dialah WANITA IDAMAN LELAKI.


"Jika ada lagi WANITA sebegini...Alhamdulillah...Alangkah bertuahnya sesiapa yang dapat memiliki hatinya..."

1 comment:

Catatan Cahaya said...

hmm nice posting gambarnya Ok BGD mbak
lam kenal neh yg punya bLog Jilbab NUr
aktif http://limacahaya.blogspot.com/