Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, June 30, 2010

Andai Aku Pergi Dulu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Apa khabar anda semua hari ini..? Tiqah harap sahabat-sahabat tiqah semua sihat dan sentiasa dibawah lembayung rahmat kasih Illahi. Insyaallah. Amin.

Sahabat-sahabat yang ku sayangi semua. Andai ini post yang terakhir untuk semua. Firstly Tiqah nak minta maaf kat semua andai ada post-post blog Perantau Nurkasih ini yang mengguris hati nurani kalian. Maafkan Tiqah yer. Mungkin ada sahabat-sahabat yang terkecil hati atau terasa. Tiqah takut tak sempat nak minta maaf pada semua.

Buat ibu dan abah tercinta. "Ampunkan Ayong, andai Ayong ada mengguriskan hati dan perasaan ibu dan abah. Halalkan makan minum Ayong selama ini. Maafkan Ayong jika Ayong tak dapat membahagiakan ibu dengan abah. Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkan Ayong. Doakan Ayong selalu yer. Satu jer yang Ayong pinta, Ayong teringin sangat nak dengar ibu ngan abah panggil Ayong dengan panggilan Atiqah. sebab adik-adik lain kadang-kadang ibu dengan abah panggil nama dorang. Tapi apa-apa pun Ayong tetap sayang ibu dan abah. Sayang sangat-sangat."

Buat adik-adik ku semu Angah, Uda, Ahmad, Amni, Anas, Diah dan Adik. "Nanti jaga ibu dengan abah baik-baik yer. Belajar pandai-pandai bahagiakan hati ibu abah. Nanti bila dah berjaya jangan lupa jasa ibu dengan abah membesarkan kita semua. Maafkan Ayong yer. Ayong bukanlah kakak yang terlalu baik. Kalau ada yang Ayong terkasar bahasa yang menggrusis hati adik-adik Ayong, maafkan Ayong yer. Selamat berjaya dunia akhirat. Ayong sayang semua. Sayang sangat-sangat."

Buat sahabat yang sentiasa bersamaku Haziqah dan Wan Amira. "Syukran jazilan sebab sentiasa bersama diri ini walaupun dalam gembira ataupun sedih. Moga ukhwah kita fillah abadan abada. Aku sayang korang. Simpan hadiah yang aku bagi tu ae. Simpan elok-elok."

Buat teman ku Nana. "Walaupun perkenalan kita bermula di internet tapi rasa seperti kita pernah bertemu dan hanya dirimu ada di hatiku tiada yang lain. Bila Tiqah dengar lagu Kau Yang Selalu Ada by Aiman pasti Tiqah akan teringat kat Nana. Moga kau sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang. Teruskan perjuangan mu dalam PERKIM dan juga KPIJ. Semoga diredhai Allah selalu. Andai Tiqah pergi dulu nanti ziarah Tiqah yer. Syukran kerana sudi jadi teman Tiqah. Tiqah sayang Nana."

Buat akak-akak pejabat ku. "Terima kasih di atas tunjuk ajar selama iqa bekerja di IPM. Seronok sangat dapat jumpa akak-akak semua. Maafkan iqa kalau iqa ada buat salah pada kak As, Kak Kema, Kak Mira, Kak Danim dan Kak Ema. Kalau ada perbuatan Iqa yang buat akak-akak semua tersinggung, Iqa minta maaf yer. Halalkan segala makan minum iqa selama berada di IPM. Iqa sayang semua."

Buat semua sahabat-sahabat 5ak, asrama dan SMK Hamid Khan yang mengenali diri ku. "Maafkan Tiqah kalau ada salah silap Tiqah sepanjang perkenalan kita. Mungkin ada yang tak puas hati sepanjang Tiqah menjadi pengawas. Maafkan Tiqah yer. Tiqah pun insan biasa yang kadang-kadang tidak terlepas dari membuat kesilapan. Terima kasih juga buat sahabat-sahabta yang sudi berkongsi ilmu dengan Tiqah. Terima kasih. Moga ada barakah untuk anda semua. Insyaallah."

Buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini tak kira lah sama ada di Pahang, UPSI, di blog, di facebook, di friendsters, di tagged atau dimana-mana anda mengenali diri ku. "Terima kasih kerana sudi jadi teman Tiqah. Tiqah nak minta maaf andai ada tersalah kata terkasar bahasa. Maafkan Tiqah yer. Tiqah sayang semuanya."

Akhir sekali saudara-saudaraku semua. "Maafkan Ayong kalau sepanjang persaudaraan kita. Ayong ada buat salah dengan semua atau ada yang terkecil hati dengan Ayong. halalkan makan minum Ayong."

Andai ini yang terakhir, sekali lagi Tiqah nak menyusun 10 jari memohon maaf dengan semua. Halalkan makan minum Tiqah. Andai terkurang andai terlebih maafkan Tiqah yer. Semoga semuanya dalam barakah Allah. Amin. Insyaallah.



Salam terakhir,
~Nurkasih Atieqah~

No comments: