Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, June 24, 2010

Bahagianya Hati Andai...


Bahagianya hati andai...? Ermmm apa ya? Mestilah bahagianya hati ini andai melihat kejayaan adik-adikku berjaya memasuki universiti. Syukur kehadrat Illahi. Alhamdulillah dua orang adik ku akan melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti Teknologi Mara. Syukur alhamdulillah.

Hati kakak mana yang tidak gembira melihat kejayaan adik-adiknya. Walaupun diriku belum berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Tapi sekurang-kurangnya apabila melihat adik-adik berjaya, hati ini turut bahagia.

Rasa seperti pengorbanan ibu dengan abah tak sia-sia. Walaupun anak ramai tapi setakat ini semuanya berjaya. Insyaallah. Rasa seronok sangat. Dapat buktikan walaupun kami adik beradik ramai dan rapat. Berkehidupan sederhana tidak seperti orang lain. Alhamdulillah Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani. Daripandangan ku sendiri, alhamdulillah semuanya sudah berjaya di peringkat permulaan. Alhamdulillah.

Nasihat seorang kakak kepadamu dik, "Uda, belajar rajin-rajin tau. Jangan hampakan ibu abah tau. Walaupun kos yang dikehendaki tidak dapat, tapi cuba belajar juga kos ini yer. Mungkin ada himahnya. Ayong pasti, Uda mesti boleh punya buat. Uda kan pandai. Dekat sana nanti pandai-pandailah bawa diri. Jangan cepat terpengaruh dengan kata kawan-kawan. Terutama lelaki. Jangan mudah percaya yer. Ayong sentiasa doakan kejayaan uda. Kalau ada apa-apa masalah bagi tahu dekat Ayong. Insyaallah kalau yang Ayong boleh bantu, Ayong akan bantu."

Buat adik ku Ahmad, "Nanti dekat uitm tu jangan nakal-nakal tau. Kejar cita-cita dulu, baru kejar cinta yer. Awak tu lelaki belajar pandai-pandai dulu nanti kene jaga anak dara orang. Nati kalau diri dah stabil barulah boleh jaga anak dara orang dengan baik. Kalau diri pun tak mampu nak sara macam mana nak sara kehidupan bila dah bekeluarga esok. Belajar dulu tau. Benda-benda tu semua ke tepikan dulu. jangan kecewakan ibu abah. Kalau ada masalah jangan segan-segan nak bagi tahu kat Ayong. Insyaallah mana yang boleh bantu Ayong bantu."

"Ok! ;) Belajar pandai-pandai tau. God luck. May Allah bless you. Sayang semua. Nanti kalau Ayong balik rumah korang semua dah takde la. Tinggal abah, ibu, amni, anas, diah dan adik jer. Sedih yer. Huhuhu. Tapi takpe nanti raya insyaallah semua akan berkumpul."

Salam sayang dari kakak mu,
~kak ayong ~

3 comments:

syauqah wardah said...

untuk kte tak der ke? hehe

saje nyibuk...

dakwatunnisa said...

Salam Perjuangan.

Ana tumpang gembira. Tahniah buat ukhtie sekeluarga. InsyaAllah, ana doakan anti sekeluara terus berbahagia dan dimurahkan rezeki.

Apa yang paling berharga buat kedua ibubapa kita ialah menjadi anak2 yang soleh dan solehah.=)

NuR KaSiH aTieQaH said...

azmah: hehehe..=D

dakwatunnisa: syukran yer ukhtie. insyaallah moga2 begitulah hendaknya.=)