Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, June 22, 2010

Hidup Ini Penuh Ujian


Hidup ini hanya sementara dan kematian itu satu kepastian. Oleh itu sama-samalah kita mencari bekalan untuk ke akhirat. Bekalan ke akhirat itu tak semestinya dengan ibadah solat sahaja. Tetapi dari segi semua perkara dari kita bangun tidur sehinggalah kita tidur kembali. Allah itu Maha Pemurah asalkan apa sahaja yang kita lakukan tujuan dan niatnya hanya kerana Allah pasti akan mendapat ganjarannya. Insyaallah.

Dan dalam kehidupan juga memerlukan pengorbanan. Pengorbanan itu manis andai ia juga bertunjangkan Illahi. Andai kita berkorban dan matlamat akhirnya bukan kerana Allah. Apakah yang kita akan dapat? Ermm hanya kosong. Tiada apa-apa. Jadi buat apa kita berkorban? Rugi sahaja kita berkorban. Contohnya seperti kita menyimpan wang di dalam tabung yang bocor di bawahnya tanpa kita sedari. Dan bila kita buka tabung itu nak ambil duitnya, erm maknanya tabung hanya tinggal tabung semata-mata. Mana wangnya? Erm..sudah tentu ia telah dikebas orangkan? Begitulah pengorbanan yang kita lakukan mestilah matlamat akhirnya hanya kerana Allah dan berlandaskan hukum syarak.

Orang kata "duniaku duniaku, duniamu duniamu". Betulkah begitu? Owh no no no. I dont think so? You know why? Cuba anda fikir baik-baik ya. Ok lah kita ambil analogi ini. Contohnya jika berlaku satu kemalangan. Kemalangan yang teruk melibatkan satu keluarga di jalan raya. Cuba anda bayangkan andai setiap orang di dunia ini emmegang prinsip "duniaku duniaku, duniamu dunia". Anda agak-agak ada ke orang yang nak tolong keluarga yang kemalangan itu? Ha' sudah pasti tak ada kan? Buat apa la nak tolong duniaku duniaku duniamu duniamu. Huhuhu sangat tidak patut kan.

Jadi sama-samalah kita meninggalkan prinsip yang tidak ada faedah ini. Selalunya yang saya dengar prinsip ini dari mulut anak-anak muda sekarang tapi kadang-kadang dari mulut orang dewasa pun ada. Bukannya nak jaga tepi kain orang saja-saja tetapi jaga tepi kain orang secara berhikmah.

Anda tahu bagaimana menjaga tepi kain orang secara berhikmah? Contohnya seperti ini ya, jika kita nampak anak orang buat benda yang tidak elok ataupun tidak senonoh, kita tegurlah dengan niat kerana Allah. Tapi ingat jangan menjaga tepi kain orang dengan mengata keburukan orang kepada ornag lain. Itu maknanya menjaga tepi kain yang tidak dituntut dalam islam. Lebih baik kita tinggalkan perkara seperti ini. Mudah-mudahan kita semua bukan seperti itu. Insyaallah.

Kadang-kadang kita tidak sangka perkara itu akan terjadi kepada kita. Itulah yang di namakan ujian daripada Illah untuk hambanya. Andai Allah sayang pada kita dia akan sentiasa berikan ujian terhadap hambanya. Jadi berusahalah untuk menghadapinya dengan yang terbaik. Insyaallah, selain berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat semua saya juga mengingatkan diri ini yang kadang-kadang sering juga lalai dan leka. Saya juga insan biasa yang lemah. Andai diriku dalam kealpaan tegurlah, nasihatlah dan berilah bimbingan kepada diri ku ini. Moga-moga akan ada rahmat yang lebih besar menanti kita semua. Insyaallah.

salam perjuangan dariku,
~ Nurkasih Atieqah ~