Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Sunday, June 13, 2010

Nota Hati Seorang Lelaki


'Nota Hati Seorang Lelaki' ermm begitulah tajuk buku yang baru sahaja di habiskan. Buku yang dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Buku yang di karya oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini sangat menarik.

Buku yang boleh memberi banyak manfaat kepada saya dan anda semua juga. Buku yang mengandungi gugusan kisah tarbiah seorang anak, suami, ayah dan juga seorang da'i. Janagan salah anggap pula, buku ini bukan hanya untuk lelaki sahaja tetapi ia merangkumi semua. Tak kira sama ada lelaki atau wanita. Semuanya dalam satu. Gaya penulisannya juga sangat menarik.

Seronok sangatlah buku ini. Banyak manfaat yer. Kadang-kadang kita tak jangka sesuatu perkara itu tapi dalam buku ini ada. Contohnya dalam tajuk Four in One!, Tanah Suci dan Tanah Realiti, Ikhlas itu Bebas, Marah kerana Cinta bukan kerana Benci dan macam-macam lagi la. semuanya menarik.

Oleh itu, akhir kata saya nak pesan kepada semua belilah buku Nota Hati Seorang Lelaki ini. Moga kita semua dapat mencari sesuatu yang luar biasa dari buku yang nampak biasa-biasa ini. Sebelum mengakhiri penulisan ku hari ini, terimalah sajak dari Ustaz Pahrol yang turut dimuatkan dalam buku ini.

Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua

Tangisanmu tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi dia terpaksa...
Izinkan dia pergi jua

Di hati ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
...walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua

Ah, genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau teseksa..lelaki itu kan pergi jua!


Selamat membaca kawan-kawan!!! (^_~)
dan Salam sayang...

2 comments:

ravishingpeacock said...

cantik sajak tu ;)

NuR KaSiH aTieQaH said...

erm..
betul tu..
sajak ustaz pahrol memang best..=)