Pages

Ahlan wa sahlan ila blog Bingkisan Nurani Ku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Kalau nak komen dan beri pandangan pun saya alu-alukan. Syukran kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, June 29, 2010

Percutian ke Bagan Lalang

Alhamdulillah selepas dirancang bersama-sama, kami satu ofis telah mengadakan percutian @ hari keluarga di pantai Bagan Lalang. Rasa seronok sangat dapat berkumpul ramai-ramai.Almaklumla ofis kami kecil saje. Itu pun tak semua pergi dan suami masing-masing tak join diatas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sampai-sampai kat sana jer, subhanaallah cantik yer pemandangannya. Air lautnya jauh ke tengah. Pengunjung boleh berjalan kaki mengutip siput atau kerang yang terdapat di pantai itu. Cantik sangat. Pertama kali melihat pemandangan laut sebegini. Subhanallah cantinya.

Lepas jer chek-in kami semua menjamu selera dengan makanan yang telah masing-masing bawa. Aku, biasalah dengan nasi lemaknya. Kak as, masak spageti dan bubur kacang dan kak danim buat sandwish. Manakala kak kema dan kak mira beli minuman dan keropok-keropok. Masa baru nak mula makan, aku dikejutkan dengan cup cake. Tetiba saje Kak As suruh aku susuh cup cake itu kalau tak dapat susun tak boleh makan. Dan akhirnya selepas disusun jadilah seperti ini "H-A-P-P-Y-B-I-R-T-H-D-A-Y-I-Q-A". Wah terharu yer aku. 'Patut la masa dorang semua nak tempah kek tu tak ajak aku join sekali. Rupa-rupanya ada yang lebih istimewa dari itu. Terima kasih yer Kak As, Kak Kema, Kak Mira dan Kak Danim. Terharu iqa. Cup cake befday iqa tu di sambut sampai ke Bagan Lalang. Wah best yer.'

Masa kat sana aku di uji juga. Masa nak jalan-jalan di sekitar kawasan Bagan Lalang itu, purse aku hilang. Wah mau menangis aku dibuat yer. Yer la dah la semua duit gjaji ada dalam tu. Ic lagi, kad bank lagi, gambar pak we lagi(hehehe yeke ada..jap aku fikir..hehehe mana ada...) Tapi alhamdulillah akhirnya jumpa juga. Allah itu maha pengasih dan penyayang.

Selepas semalaman di sana. akhirnya selepas sarapan pagi kami bertolak pulang ke Tanjung Malim. Alhamdulillah semuanya selamat sampai ke rumah masing-masing. Syukur. Insyaallah kalau ada rezeki lagi, kami akan berkumpul di tempat lain pula. Ukhwah fillah yer Kak As, Kak Kema, Kak Mira dan kak Danim. Iqa sayang semua. Ok sebelum akhiri post ini, jom kita layan slide ini. erm..gambar aku ngan anak kak kema takde. Entah macam mana boleh terdelete pon aku tak pasti. Tapi apa-apa pun selamat menonton slide ini. =)

No comments: