Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, June 19, 2010

Tragedi 17 Jun 2010

Di pertengahan perjalanan kami untuk pulang ke kampung di Temerloh, Pahang. Akhirnya dengan sebuah tradegi. Subhanaallah, aku pun tidak menduga akan terjadinya sebuah kemalangan yang melibatkan diriku sendiri. Alhamdulillah tiada berlaku kecederaan yang teruk. Hanya adik lelaki ku matanya bengkak disebabkan terhantuk. Tetapi tiada kecederaan serius.

Kejadian berlaku jam 5.30 petang di area kawasan Batang Kali. Area tu encik polis kata memang area berhantu(maksudnya area yang sering berlaku kemalangan). Selepas kejadian berlaku, aku jadi kaku seketika. Lutut usah dikata lagi menggeletar-geletarnya. Tapi aku paksakan diri untuk bangun untuk melihat apa yang telah berlaku. Bila dapat je buka pintu kereta, subhanaallah. Habis kereta ku kemek. Sian yer. Muka ku sudah macam pakai pemerah pipi, akibat terlalu takut.

Soalan pertama yang keluar dari mulut ku adalah "Ibu macam mana ni nak balik Pahang..?" Ibu pun cakap entah macam mana nak balik kalau kereta ni dah macam ni. Nak naik bukit Genting tu nanti. Barang banyak.

Buat pertama kalinya aku masuk balai untuk buat laporan. Ya Allah takut yer. Selepas laporan dibuat kami menunggu sarjan datang untuk mengambil keterangan dari kami pula. Nasib baik aayah ku ada. Tidak la takut sangat. Tersadailah kami anak-beranak di balai polis Batang Kali itu. Sempat juga mengambil gambar kenangan walaupun sebenarnya hati masing-masing tengah gundah dan memikirkan bagaimanalah nak balik umah wan(nenekku di Pahang) ni. Dah sampai separuh jalan ni.

Dekat balai semuanya selesai hampir jam 9 malam. Selepas tu, ayahku pergi melihat bangkel yang akan membawa kereta iswara yang dipandu ku untuk dibaiki. Dan hampir jam 10 juga, ayah ku kata kita balik Pahang juga, kalau tidak bila nak balik lagi. Sebab semua dah nak pergi belajar.

Dan selepas semuanya selesai, perjalanan kami diteruskan. Selepas ini kami akan menaiki bukit genting pula. Erm..tanpa diduga, ketika mahu menuruni bukit genting itu. Brek van ayahku tidak berapa berfungsi. Tayar van pula sudah berbau dan berasap. Ya Allah panic kami semua dibuatnya. Nasib baiklah van itu masih boleh diberhentikan dengan jayanya oleh ayah ku.

Sejam lebih juga kami berada di kaki genting tu. Dan selepas itu perjalan terpaksa diteruskan. walaupun dalam keadaan break yang apabila ditekan van kami akan ke tengah. Ayahku kata ada benda yang tak betul dengan break.

Sepanjang perjalanan mataku tidak boleh dipejamkan kerana risau akan keselamatan van kami dan juga ahli keluarga ku. Aku mendengar di mulut ayahku tidak henti-henti membaca ayat-ayat al-mathurat. Moga kami semua dalam keadaan selamat.Alhamdulillah kami selamat sampai di kampung halaman jam 1.30 pagi.

tempat kejadian...(diambil selepas pulang dari Pahang...

baru sampi di balai polis batang kali..


van ayah ku yang hanya kemek sedikit...

habis kemek depan kereta yang dipandu oleh ku...


kesan kemek akibat dilanggar oleh proton ixora...



akhirnya jatuh juga benda ini..sian aku menengoknya...

inilah pandangan dari depan kereta yang melanggar kereta iswaraku..kereta ini hanya kemek sedikit sahaja..

kereta proton ixora yang kene tunda disebabkan tidak boleh bergerak...

inilah ahli keluarga ku..


bersama keluarga di balai polis batang kali...

No comments: