Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, June 15, 2010

Ukhwah Yang Terbina


Assalamualaikum..Hari ini nak buat post khas buat sahabat ku yang sentiasa diingatan .Dia ini pembaca setia blog ku. Tapi bila suruh dia juga buat blog, ermmm macam-macam alasan dia bagi. Hehehe.Jangan marah yer kawan..=)

Firstly, aku nak perkenalkan diri tuan empunya badan dulu. Nama yang mak dan abah dia bagi ialah Haziqah binti Abd. Latiff. Sedapkan nama dia.Orang yer pun comei lote jer. Cute sangat. Suara cute. Semua la cute. Sekarang dia belajar kat KUIS dalam jurusan Diploma Syariah Perundangan Islam. Sekarang dia dah sem 5 dan tak lama lagi dia nak praktikal. Semoga dia berjaya dalam bidang yang diceburi. Insyaallah.

Persahabatan kami terjalin sejak tingkatan satu lagi. Hehehe.. Dalam menjalani ukhwah itu, macam-macam yang aku lalui ketika bersahabat dengan budak comei ni. (Macam-macam ada) Resam orang bersahabat. Dan sehingga kini ukhwah itu masih utuh. Walaupun diriku telah merantau ke Tanjung Malim dan Zieqa di KUIS. Tapi bila kami sama-sama pulang ke kampung halaman, pasti takkan melepaskan peluang untuk berjumpa. Bercerita selagi yang mahu. Bercerita kisah-kisah hidup dan kadang-kadang masalah diri masing-masing.

Mungkin sebab itu ukhwah kami masih berputik. Syukran yer Zieqa sebab sudi jadi kawan aku. Walaupun kita pernah bergaduh dan sebagainya. Tapi sehingga kini segala rahsia ku adalah milik mu. Hehehe.. (macam iklan produk kecantikan Siti la pulak. hehe..)

"Ermm Zieqa, ingat tak aku penah bagi lagu ini kat ko..? Lagu sahabat sejati dari kumpulan UNIC. Hehe..kisah tu aku masih ingat sampai sekarang tapi motif yer aku tak ingat la. Hehehe.."

Tapi apa-apa pun yang berlaku antara aku dan kawan-kawan sekolah dahulu dengan beliaulah aku paling rapat. "Sayang ko Zieqa. Moga ukhwah kita fillah abadan abada yer. Insyaallah."

Akhir kata terimalah sajak dari ku:

Sahabat dirimu umpama bintang dilangit
Sentiasa membuatku tersenyum pabila merenungnya
Begitu juga diri mu sahabat
Kau adalah segala-galanya bagi ku
Tanpa mu mungkin kisah persahabatan ku pudar
Bersendirian dalam mencari erti kehidupan
Kehadiran mu sering membuat hati ku berbunga
Berbunga riang melihat telatah mu
Yang kadang-kadang mencuit hati ku
Kesepianku kan menghadirkan bayanganmu
Yang sering bermain seperti pita video
Membuatkan diriku sering tersenyum
Kau adalah segala-galanya bagi ku
Wahai sahabat ku Haziqah Abd Latiff
Harapanku moga ukhwah yang terjalin ini
Tidak kita sia-siakan
Moga kita sentiasa dibawah lembayung rahmatNya
Insyaallah

~Salam sayang dari sahabat mu~

No comments: