Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, June 10, 2010

Umur Bertambah Kematian Mendekat

Selepas penat seorang ibu bergadai nyawa berhempas. Tepat jam 0815 pagi pada 09 06 1990, kedengaran tangisan seorang bayi di sebuah teratak di Kuala Krau,Pahang.Syukur alhamdulillah selamatlah lahir seorang puteri sulung bagi pasangan Nuraisah dan Salim.Puteri yang comel itu diberi nama Nur Atiqah Salim.

Tapi kelahiran Atiqah bukanlah seperti insan biasa. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan keadaan paru-paru ku berair."Encik salim, anak encik dalam keadaan yang kritikal. Dia mengalami paru-paru berair. Peratusan untuk hidup hanya 50-50. Saya harap encik banyak-banyak bersabar dan berdoalah pada Allah." Betapa risaunya hati seorang ayah apabila mendengar bait-bait kata doktor itu. Manakan tidaknya, ini adalah puteri sulung bagi mereka.

Selepas mendengar kata-kata doktor, langkah encik Salim terus menuju ke surau hospital. Terus menghadap Illahi memohon pertolongan dan petunjuk dari Nya. Moga puteri sulungnya selamat.

Selain memohon bantuan dari Allah, encik Salim turut mencari ikhtiar lain. Encik Salim cuba memberi madu kepada puterinya yang comel itu. Moga-moga dengan madu itu paru-parunya kian pulih.

Dan alhamdulillah, selepas beberapa kali memberikan madu kepada puteri mereka. Doktor mengesahkan keadaan Atiqah semakin pulih. Syukur alhamdulillah tidak terkata pasangan suami isteri itu kepada Illahi. Doktor juga menasihati supaya puteri itu tidak diberi melakukan kerja-kerja yang berat dan terlalu memenatkan dirinya. Kerana ia boleh menyebabkan Atiqah pengsan.

Ketika meniti kehidupan sebagai pelajar sekolah, encik Salim masih memberikan Atiqah makan madu. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Aktiviti sukan tetap di ikuti. Larian 200 meter pun Atiqah masuk. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Semuanya ketentuan Allah. Begitulah khasiatnya madu yang merupakan makanan Rasulullah.

Dan sehingga kini puteri itu masih dapat menikmati nikmat dunia di bumi milik Allah ini. Syukur alhamdulillah. Kini usianya juga telah mencecah 20 tahun pada 09 Jun 2010. Syukur alhamdulillah.

Dan puteri itu adalah diri ku ini. Terima kasih ibu kerana telah melahirkan ku dan mendidik diri ini sehingga kini.

Usia bertambah kematian pun makin mendekat.Moga dgn bertambahnya umurku, boleh menambahkan ilmu ku, amal ku, ukhwah ku sesama insan, meningkatkan amalan sedekah tak kiralah kepada sesiapa, dan juga yang paling penting dapat menambahkan rasa takut diriku ini kepada Allah.Moga segala-galanya dibawah lembayung rahmat dari Nya.Insyaallah.

No comments: