Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, July 27, 2010

~ BiNgKiSaN DoA ~


Ya Allah, jika telah Engkau catatkan dia milik ku dan tercipta buat ku, maka satukanlah hatinya dengan hati ku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya Allah, ya Tuhan ku yang Maha mengasihani, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milik ku, bawalah dia jauh dari pandangan ku, luputkanlah dia dari ingatan ku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya Allah ya Tuhan ku yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya. Dan ya Allah yang tercinta, gantillah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya.

Ya Allah ya Tuhan ku, pasrahkanlah aku dengan takdir Mu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, adalah yang terbaik buat ku, kerana Engkau Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba Mu ini.

Ya Allah, cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah Engkau juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang Engkau redhai, dan kurniakanlah pada ku keturunan yang soleh juga solehah.
Amin, Ya Rabbal A'lamin.

Creadit to:
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
Membina Cinta Suci

No comments: