Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, July 17, 2010

Marah Tandanya Sayang~~


"Kalau ibu dengan abah marah awak semua tu. Bukannya benci. Ibu dengan abah marah tandanya kami sayang dekat anak-anak. Tapi anak-anak selalu fikir yang bila mak ayah marah sikit,mereka fikir sebab mak dengan ayah benci dia." Begitulah selalunya ayat ibu bila kami sama-sama di dapur.

Erm..pasti setiap apa yang dimarahkan itu ada sebabnya. Kita sebagai anak jangan cepat membuat tafsiran, bila mak ayah marah saja dekat kita. Kita sangka mereka benci kita. 'Orang lain tak ada pula mak ayah nak marah. Asyik-asyik aku jer yang kene marah.' Ha' Tiqah tau pasti ada yang mengomel sendirian kat dalam hatikan seperti ini..? Huhuhu..jangan nak tipu la kalau cakap tak ada. Sebab Tiqah pun pernah juga lalui semua ini masa kecik-kecik dulu.

Dulu ingat lagi masa zaman remaja. Masa zaman sekolah menengah lah. Dalam usia 16 tahun tu. Ya Allah, masa usia itulah bagi Tiqah, masa yang Tiqah suka memberontak. Langsung tak nak fikir apa yang abah dan ibu cakapkan itu betul atau tidak. Agaknya darah muda kot. Hehehe.. Apa yang ibu abah cakap semuanya tak betul. Apa yang Tiqah buat semuanya salah. Selalu kena tegur dengan abah. Huhuhu..tu la Tiqah. Hehehe..

Tapi itu masa tingkatan 4 la. Bila dah masuk tingkatan 5, alhamdulillah dah boleh fikir dengan baik. Alhamdulillah. Bila ibu dengan abah tegur saja, Tiqah akan fikir balik. "Betul ke apa yang abah dengan ibu cakap tadi..?" Selalunya memang betul pun apa yang mereka tegurkan.
Mengapa mereka buat begitu..? Mengapa mereka marah..? Ingatlah apa yang mereka tegur dan mereka marahkan semuanya pasti ada sebab.Cuma kita sebagai anak sahaja perlu pandai menilai yang mana permata dan yang mata kaca.

Alhamdulillah usia makin meningkat, dah makin besar dan mula memasuki ke alam pekerjaan pun. Lagilah kita boleh fikirkan yang mana baik dan yang mana burukkan..? Jadi sama-samalah kita fikirkan apa yang mereka katakan itu. Baik ibu ayah kita atau pun orang yang lebih tua dari kita. Walaupun nasihat dari seorang nenek.

Sekarang ini, bila ibu dan abah marah atau tegur adik-adik Tiqah, pasti satu nasihat akan Tiqah berikan pada adik-adik. "Ayong tau memang darah muda macam tu. Sebab Ayong dulu pun macam tu. Asyik nak memberontak jer apa yang ibu abah cakap. Memang apa yang kita rasa nak buat kita akan buat. Sebab kita tak fikir pun apa implikasi benda yang kita buat tu untuk masa depan. Fikir elok-elok apa yang ibu abah cakap tu. Memang betul apa yang ibu abah cakap. Mereka buat macam tu untuk kebaikan kita semua. Jadi fikir-fikirkanlah."

Bila mereka tegur kita atau marah. Masa tu kita diamkan diri saja. Jangan cakap apa-apa. Walaupun kita rasa tak puas hati. Sebelum tidur tu atau selepas solat ke, kita fikir balik apa yang mereka cakapkan pada kita itu. Ermm...fikir dalam-dalam tau.

Ok. Selamat beramal. (n_n)

2 comments:

KiKo Berdendang said...

KOt cikgu marah pun tandanya cayang...mintak maaf terlebih terkurang..huhuhu

NuR KaSiH aTieQaH said...

hehehe..ok3..kalo cikgu marah tu untuk mengajar..bukan untuk merosakkan anak muridnya..=) tetiba teringat masa plkn pula..cikgu marah masa kat surau..=)