Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, July 13, 2010

~ Membina Cinta Suci ~

Erm..tajuk yang agak unik untuk dibincangkan bersama. Erm.. "Membina Cinta Suci". Ha' bila cakap tentang cinta jer pasti ramai yang akan terus terfikir CINTA HANYA KEPADA MANUSIA. Hohoho.. No No No.. Tidak sama sekali. Jangan sempitkan fikiran kita apabila berbicara soal cinta. Ketahui cinta yang suci nan abadi adalah hanya cinta kepada Illahi.


Andai tiada cinta Illahi dalam diri kita siapalah diri kita di dunia ini. Pada zaman ini, susahnya ingin mencari cinta yang suci. Iaitu mencintai Allah. Semakin hari semakin berkurang. Manusia lebih gemar mencintai benda yang diciptakan oleh Illahi. Mari kita nilai diri kita sendiri, apakah semakin hari cinta kita kepada Allah semakin meningkat..? Apakah ibadah kita semakin hari semakin meningkat..? Apakah dengan meningkatnya usia kita, meningkat juga keimanan kita kepada Illahi..? Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Moga-moga mendapat petunjuk dari-Nya. Insyaallah.


Allah adalah segala-galanya. Jangan mencintai manusia melebihi mencintai Allah. Jangan mencintai harta melebihi kecintaan kepada Allah. Kerana semua itu adalah ciptaan Allah. Analoginya seperti ini ya.."Siapakah yang harus kita cintai..? Hadiah yang diberi atau orang yang memberi hadiah..?" Jadi sama-samalah kita renung-renungkan.

Cintailah Allah hidup akan menjadi indah. Cintai manusia tidak semestinya akan menjadi selesa dan bahagia. Jika pun harus bercinta dengan manusia, jadikan cinta kepada manusia itu untuk menuju kecintaan yang abadi dan suci terhadap Allah.

Andai cinta manusia hadir, cintailah seseorang yang kita cintai itu seadanya sahaja semasa di alam percintaan. Nanti setelah bergelar suami isteri bercintalah sesungguhnya. Cintailah kerana Allah tindakan kita akan menjadi betul. Kita akan lebih bijak menjalani kehidupan. Moga-moga keputusan menjadi lebih tepat. Setiap keputusan yang tepat bermakna jaya dan bahagia. Insyaallah. Allah akan bersama-sama orang yang selalu mengingati-Nya.


Bercintalah kerana Allah. Bila mana kita melihat dia mencintai Allah, kamu suka peribadi dan akhlaknya yang cintakan Allah itu, maka kita yakin dia boleh menjadi kekasih yang dapat membimbing kita bertemu kekasihmu yang sejati iaitu Allah Ta'ala.


Berpisahlah kerana Allah. Bila mana kita rela meninggalkan dirinya kerana sayangnya kita pada Allah, kita enggan berbuat maksiat kerana malu pada Allah, disaat itu kita rasa berbaloi tinggalkan si dia.

Cinta perlu dilalui dengan penuh kebijaksanaan. Hanya orang yang bijak akan merasai betapa sucinya cinta, tetapi untuk sampai merasai betapa sucinya cinta itu, seseorang perlu membangkitkan rasa sucinya terhadap Allah. Ketika itulah kita dikatakan bijak.

No comments: