Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, August 10, 2010

~ AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN ~

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah bertemu kembali kita dalam ruangan blog Nurkasih Atieqah ini. Alhamdulillah Ramadhan kian menjelma. Insyaallah esok semua umat islam tak kira dimana jua berada akan menyambut 1 ramadhan. Insyaallah. Tidak sabar rasanya diri ini untuk menyambutnya. Anda semua dah bersedia?

Jom sama-sama kita SETTING NIAT, UPGRADE IMAN, DOWNLOAD SABAR, UPLOAD USAHA, DELETE DOSA, UPDATE DOA, RELOAD ILMU dan TOPUP TAQWA, agar kita lebih hampir pada Illahi Rabbi.

Erm..sempena bulan baik, bulan mulia ini, Tiqah nak minta maaf andai adiri ini ada tersalah kata, terkasar perbuatan pada anda semua. Diri ini hanya insan biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Maafkan Tiqah yer kawan-kawan.

Ha' jangan lupe yer kawan-kawan, Ramadhan bukan hanya berpuasa makan dan minum sahaja. Tapi ia juga meliputi puasa mata, telinga, mulut, lidah, hidung, hati, perut, tangan dan kaki. Ha' senang cakap semua la. Sama-samalah kita berusaha meninggalkan apa yang dilarang dan tingkatkan apa yang disuruh.


Selain itu, kita jangan lupa ada satu malam yang sangat istimewa pada bulan ini. Malam itu tidak lain dan tidak bukan adalah malam Lailatulqadar yang istimewa. Sama-samalah kita mencari malam itu yer. Semoga kita mendapat keredhaan dari Illahi pada bulan yang mulia ini. Insyaallah.

Jom sama-sama kita bertarawih dan bertadarus. Ok lah, Tiqah rasa setakat ini dulu. Semoga kita berjumpa di masa akan datang. Insyaallah. Tambah amal. Tambah iman. Tambah pahala. Kurang malas. Kurang keburukan. Dan kurangkan dosa. Insyaallah. Salam Ramadhan buat semua.

Salam Ramadhan dari ku,

~Nurkasih Atieqah~

No comments: