Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, August 26, 2010

PuiSi KeTiKa CiNTa BeRTaSBiH 。 ◕‿◕。



Assalamualaikum akhi wa ukhti. Hari ini dah masuk hari ke 16 Ramadhan pun. Ermm...masa Tiqah jalan-jalan di you tube nak cari lagu-lagu nasyid tetibe ternampak puisi ini. Erm..tertarik Tiqah nak kongsi dengan anda semua. Erm..kat rumah ada novelnya tapi bila baca satu muka surat dah mengantuk. Hee~~ Jadinya Tiqah bercadang nak cari CD yer. Hehehe.. Atau ada sesapa yang ada CD yer..? Boleh Tiqah pinjam. Hee~~ Ok. Selamat berpuasa dan selamat berbuka yer akhi wa ukhti.

Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta.

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
Dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta ku datangi,
Aku jadi malu
Pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah,
Ternyata cinta lebih terang,
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.
Kata-kata pecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepada cinta..

Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
Cinta sendirilah yang menerangkan,
Cinta dan percintaan...

No comments: