Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Thursday, August 19, 2010

~ Muhasabah Hati Ku ~ ❤❤❤

Tuluskanlah hatimu dengan cinta kepada Tuhan..
Sinarilah hatimu dengan takutkan Tuhan..
Hiasilah hatimu dengan segala sifat kebaikan..
Murnikanlah hatimu dari dosa dan kesalahan..
Kerana hati tempat jatuh pandangan Tuhan..
Hati itu raja dalam diri manusia..
Baik hati baiklah peribadi..
Penuh kasih sayang dan simpati..
Akhlak yang indah memikat hati..
Sesiapa sahaja yang mendekati..

Allah menghantar kita ke dunia..
Dengan hati yg suci bersih..

Dan Allah juga ingin kita kembali ke pangkuan-Nya..
Dengan hati yang bersih..

Adakah di saat ini kita telah berjaya menyucikannya..
Kerana mati itu bila-bila masa..
Allahuakbar..
Mudah-mudahan Allah buka pintu hati kita semua..
Untuk "kembali" kepada-Nya setelah lama terleka..

Maka peliharalah hati..
Agar ia tidak mati sebelum saatnya..

No comments: