Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Wednesday, September 29, 2010

5 Tahun 5 Bulan

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini memang Tiqah asyik mencari dan ingin membuat koleksi novel dan buku-buku ilmiah. Antaranya termasuklah karya Hlovate. 5 Tahun 5 Bulan adalah koleksi yang terbaru milik Tiqah. Insyaallah tengah mencari karya beliau yang lain. Buku 5 Tahun 5 Bulan ini sangat menarik jalan ceritanya dan mempunyai komedi-romantik. Hee~~ (*_*) Kisah antara Afiq Hafizi Mohd Latfy (atau nama panggilan Along) dan Johanna Latif(Ana/Jo). Perkenalan mereka bermula apabila Ana menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy iaitu dirumah ayah Along. Hehehe.. Kalau nak tahu cerita seterusnya lebih baik sahabat semua beli. Memang tak rugi mempunyai koleksi Hlovate ini. Insyaallah. Bukan haya kisah cinta di ketengahkan tap yang paling penting Tiqah suka ayat-ayat yang beliau ketengahkan. maksudnya kadang-kadang terselit juga mutiara kata yang boleh menjadi pedoman hidup kita. Insyaallah. Selamat membaca 5 Tahun 5 Bulan !!!

No comments: