Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, September 21, 2010

Syawal datang lagi...=)

Assalamualaikum kawan-kawan. Lamanya tak dengar cerita anda semua? Anda semua sihat? Sekarang masih mood raya lagikan? Ha' jadi Tiqah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Khas buat sahabat-sahabat Tiqah kat blog ni. Tiqah nak minta maaf sebab dah lama sangat tak update blog ni. Bukan dah lama tak buka blog, tapi entah la. Tiada upaya untuk menaip baris-baris ayat buat tatapan sahabat-sahabat Tiqah kat sini. Alhamdulillah hari ini, Tiqah cuba sedaya upaya untuk update blog. Walaupun pada mulanya (hehehe) rasa malas membelenggu diri. Hehehe.. Apa entah Tiqah ni malas jer kan. Hik3.. (kutuk diri sendiri jap.hehehe...)

Erm..raya hari tu Tiqah dengan family balik Pahang. Kami balik petang sebelum raya dan balik rumah sendiri balik lepas abah dan adik-adik lelaki solat jumaat. Kejap jer kan? Tak sampai 24 jam pun duduk kat rumah wan. Wan pun bising Kenapalah anak dia yang jauh ni balik selalu kejap-kejap jer. Terkilan wan. Huhuhu... Nak buat macam mana, =( dah ada masalah yang tidak boleh dielakkan. Lagipun adik ku Anas nak exam UPSR lepas raya hari tu. Alhamdulillah hari ini dah habis exam yer.

Raya tahun ni juga Tiqah berkesempatan untuk join runion raya 5ak 2010. Alhamdulillah, seronok sangat rasanya dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang hadir masa runion raya tu. Terima kasih semua yang sudi taja rumah diaorang sebagai destinasi raya tahun ini. Tak lupa juga buat sahabat-sahabat ku yang sudi bertandang rumah Tiqah buat kali terakhir. Insyaallah.


Ha' sebelum terlupa, jangan lupe puasa enam yer kawan-kawan. Heee~~ Alhamdulillah hari ini Tiqah dah masuk hari yang keempat puasa enam. Tinggal lagi dua hari jer. Insyaallah. Tiqah wat straight enam hari. Insyaallah.

Okeyh la kawan-kawan semua. Tiqah rasa setakat ini dulu post Tiqah tok kali ini. Insyaallah kita akan berjumpa di lain hari, di lain waktu. Insyaallah. Sebelum akhiri post kali ini, terimalah pantu raya dari Tiqah..hee~

Manis bertudung cantik berseri,

Nur Atiqah nama diberi,

Ku menyusun 10 jari,

Memohon maaf di aidilfitri.


Pasang pelita di aidilfitri,

Main mercun diatas titi,

Kalau ada masa yang free,

Datanglah rumah raya nanti.


Salam Seribu Kemaafan dari ku,

~Nurkasih Atieqah~

No comments: