Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, October 30, 2010

Anda Pernah Ber CINTA ???

Anda pernah bercinta..? Mesti pernahkan.. Selalunya memang remaja akan ada dan ingin mencuba CINTA.. Erm.. Tajuk yang dah lama Tiqah simpan dan nak kongsi dengan anda semua. Cuma tak sempat nak taip bait-bait kata. Ok Tiqah nak berkongsi cerita dengan anda.. Pernah bercinta tak..?

Suatu ketika,,

Pernah rasa perasaan itu..
Pernah ada seorang insan yang bertahta di hati..

Pernah suatu ketika dulu tiap-tiap hari perlu msg..

Pernah ada rasa rindu buat insan yang lain jantina nya..



Tapi kini segala-galanya telah di tinggalkan..

Tiada lagi kata-kata cinta..
Tiada lagi msg tiap-tiap hari..

Tiada lagi perasaan itu..
Tiada lagi insan yang bertahta di hati ini..


Kini dia mula berfikir..

Buat apalah bercinta jika tak sampai ke alam rumah tangga..
Buat apalah bercinta andai cinta itu hanya setakat separuh jalan..

Buat apalah melakar bait-bait cinta jika selepas itu hanya sementara..
Buat apa nak bercinta kalau cinta itu hanya melekakan kita..

Buat apalah bercinta kalau hanya sia-sia yang kita dapat..

Hermm,, Bila berfikir dari dalam hati.. Bukan berfikir selepas kecewa.. Atau bukan berfikir kerana tiada insan yang menghuni hati ini sekarang.. Tapi berfikir dan merujuk pada pandangan Allah. Segala jawapannya telah terbentang.. Yang terbentang lebih nyata.. Yang keliru lebih difahami.. Yang gelap jadi terang.. Itulah peraturan Nya.. Semuanya Allah telah tetapkan dengan sebaik-baik jalan.. Jadi kita sebagai hamba Nya hanya perlu mengikut perintah Nya..


Tiada cinta seindah bintang kalau bukan hanya sebagai suami isteri yang sah.. Tiada cinta yang lebih sempurna kalau bukan hidup dalam rukun yang telah dilandaskan oleh Allah.. Tiada cinta yang lebih sempurna hanya selepas bernikah.. Itulah yang telah di tetapkan oleh Allah buat hamba Nya..

Moga kita semua dapat mencari dan membina CINTA yang SEJATI.. Cinta selepas nikah lebih seronok dan diredhai Allah.. Jadi kalau nak bercinta, cepat-cepat NIKAH.. Atau kalau ada yang ajak bercinta, apa kata kita kata "Kalau nak bercinta atau couple, jom kita kahwin..?" hehehe..Boleh tak kawan-kawan..? Dengan perkahwinan CINTA LEBIH DIREDHAI.. (^_~) Tapi sebelum bernikah cukupkanlah ilmu di dada sebelum melangkah ke alam rumahtangga.. Kerana perkahwinan di ibaratkan seperti permulaan kepada sebuah kehidupan. Selamat bercinta.

Salam Sayang,
Nurkasih Atieqah
(^_~)

2 comments:

eja said...

perasaan cinta itu lahir dari allah..dan cinta kita pd allah adalah cinta sebenar2 nya..(^_^)

NuRKaSiH aTieQaH said...

Betul tu kak eja..=) Saya sokong 100%..Cinta kepada Allah adalah cinta yang hakiki buat selama-lamanya..(^_~)