Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, October 1, 2010

Saya Tak Baik Macam Awak.


Saya tak baik macam awak. Saya hanya insan biasa. Yang sedang mencari diri sendiri. Saya bukan dari sekolah agama yang banyak ilmunya. Yang boleh berbicara soal agama yang mendalam. Yang boleh mentarbiahkan insan lain dengan sebaik-baiknya. Saya hanya seorang insan lemah yang sedang mencari dan sering ingin memperbaiki diri sendiri. Saya tahu awak memang bagus bila berbicara soal agama. Saya tak nafikan. Alhamdulillah saya bersyukur sangat dapat jumpa sahabat seperti awak. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya. Rasa beruntung sangat sebab Allah berikan sahabat seperti awak. Kalau saya terjatuh boleh awak tolong bangunkan saya nanti? Kalau saya terleka boleh awak jagakan saya. Kalau saya salah boleh awak tunjukkan saya. Saya juga mahu jadi seperti awak. Jadi awak tolong saya boleh?

Insan yang lemah,
-NurkasihAtieqah-

No comments: