Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, November 29, 2010

jika BELUM siap..cintailah dalam DIAM..

Assalamualaikum sahabat yang ku sayangi semua. Ahlan wasahlah. Hari ini hari isnin bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1431H. Ermm apa khabar iman anda hari ini? Apa khabar hati anda hari ini? Apa khabar ibu ayah anda di kampung hari ini? Apa khabar ilmu anda hari ini? Apa khabar semangat anda hari ini? Adakah mereka semua sihat?

Jika semuanya sihat. Alhamdulillah. Jika ilmu kita juga semakin bertambah juga. Alhamdulillah bagus. anda semua memang di lahirkan bagus. Tahniah Tiqah ucapkan. =)

Wah ayat permulaan mcam pakar motivasi sahaja gayanya. (hihihi) Ermm sebenarnya Tiqah nak kongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat semua. Iaitu tentang hati. Uhuk uhuk uhuk. Adeyh terbatuk la pula. Hihihihi.

Ok hati sebenarnya tempat jatuhnya iman. Kalau iman tiada si hati mungkin kita akn sentiasa berada dalam kesesatan. Nauzubillah. Moga hati kita semua sentiasa tetanam iman dan sinar islam. Insyaallah sentaisalah berdoa pada Nya. Insyaalllah Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Sekarang ini pun Tiqah tengah mencari di mana hati Tiqah. Mencari diri Tiqah. Mencari kehidupan Tiqah. Moga ku temuinya.


Mencari hati ku,
Yang hilang entah ke mana,
Mencari diri,
Di mana kah menghilannya,
Ingin sekali diri ku,
Menghayati keindahan islam,
Dengan lebih mendalam,
Melayari kehidupan,
Dengan sinaran islam,
Bagaimanakah harus ku lalui,
Moga ku temui sinar yang abadi.


Hati oh hati. Ish ish ish memang susah nak cakap. Lebih-lebih lagi kalau berkaitan hati dan manusia. Ho ho ho. Hee~~ Tiqah juga tak lepas dari jatuh hati pada manusia. Ermm jatuh hati memang fitrahkan. Memang kita tak boleh mengelak. Ia adalah fitrah duniawi. Cuma kita sahaja perlu pandai menjaga perasaan itu agar tidak terbitnya dosa.

Ermm kalau kita belum bersedia nak teruskan dengan lebih jauh hubungan kita, cukuplah sekadar kita mencintai dia dalam diam. Kerana kita tidak mahu dirinya dan diri kita menjalinkan hubungan terlarang dan akan merosakan kesucian dan penjagaan hati kita.

Insyaallah dalam diam kita ada tersimpan kekuatan hingga Allah mungkin sahaja membuat harapan kita itu menjadi nyata. Kerana bukankah Allah itu Maha Pemurah dan tidak akan memutuskan harapan hambanya.

Jadi kita sebagai hamba hanya perlu berdoa. Buatlah solat istikharah dan mintalah petunjuk dari Nya. Andai istikharah mu dia bukanlah jodoh mu, bersabarlah duhai hati. Kerana mungkin akan ada pengganti yang lebih baik dari diri nya. Jadi bersabarlah dalam diam mu. Kerana Allah itu Maha Mengetahui setiap percaturan Nya buat hamba Nya.


Jika dia bukan milik mu, insyaallah waktu akan menghapuskan 'CINTA DALAM DIAM MU' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untuk mu..

Biarkan 'CINTA DALAM DIAM MU' itu menjadi rahsia antara kau dan Sang Pemilik hati mu..


Salam penuh pencarian,
NurkasihAtieqah

No comments: