Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Saturday, November 13, 2010

Pesanan Buat Wanita Islam

Hayatilah bersama wahai mawar-mawar ku sekalian. Moga menjadi panduan kita semua. Insyaallah. Barakallah.. (^_^)



Ratu ku..
Ingin ku luahkan..
Apa yang sudah lama ingin ku luahkan..
Tentang kebimbangan ku ini..
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran..
Di petik tangan-tangan yang ganas..
Lagi bernafsu serakah..

Ratu ku..
Kebimbangan ku ini..
Masih menebal..
Apabila ku dengar..
Dengungan kumbang perosak..
Yang cuba menyedut madu mu..
Walau tanpa rela mu..

Ratu ku..
Kebimbangan ku bertambah lagi..
Bila ku melihat bunga..
Yang tak segan silu..
Melampiaskan kecantikannya..
Ketika sedang mekar..
Melupakan kuntuman..
Yang sebelum ini melindunginya..

Ratu ku..
Aku masih terpinga-pinga..
Masih wujudkah lagi..
Ratu idaman hati ku..
Kerana apa yang ku lihat..
Hari ini..
Semakin banyak..
Bunga-bunga yang gugur..
Bagaikan tibanya musim luruh..

Ratu ku..
Bukanlah ku harap..
Kau segigih seperti Siti Hawa..
Yang berlari-lari..
Antara Safa dan Marwa..
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah..
Menanti kekasih di pintu syurga..

Ratu ku..
Akuilah hakikat yang tersurat..
Engkau bukanlah Siti Khadijah..
Mahupun Siti Fatimah..
Engkau bukan A'ishah..
Bukan juga Rabiatul Adawiyah..
Wanita suci terpuji..

Kerana..
Aku tidak layak..
Berharap sedemikian rupa..

Cukuplah sekadar..
Kau cuba mencontohi..
Bunga-bunga itu..
Kembang mekar mewangi..
Sehingga harumannya..
Melewati pintu-pintu syurga..

Jangan kau risau ratu ku..
Kadangkala musim berganti..
Sehingga bunga tak dapat berkembnag mekar..
Tapi itu..
Hanya ujian buat mu..

Ratu ku..
Esok musim bunga..
Pasti akan tiba..
Dan kau akan mampu..
Berkembanag lagi..
Cuma yang kuharapkan ketika itu..
Kau jaga kelopak mu itu..
Jangan sampai..
Tangan-tangan kasar..
Memetik mu lagi..

Jangan goda..
Kumbang-kumbang ganas..
Menghisap madu mu..

Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu..
Merosakkan seri mu..
Kerana kau ratu idaman kalbu..

Ratu ku..
Aku bukanlah..
Memandang kecantikan mu..
Walaupun kadangkala..
Aku tertarik memandangnya..
Tapi..
Bukan itu yang ku harapkan..

Aku yakin ratu ku..
Masih ada sinar harapan..
Yang bisa membuat ku..
Tersenyum mekar..
Kerana akan ku temui..
Ratu yang benar-benar ratu..

No comments: