Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, November 12, 2010

Syukur Alhamdulillah..


Assalamualaikum sahabat-sahabat Tiqah yang diredhai Allah semua. Allhamdulillah dapat juga Tiqah mengupdate blog Bingkisan Nurani Ku ini. Hehehe.. Bukan apa rasa macam malas nak tulis dah. (ish ish ish tak patut betul Tiqah ni) hee~~

Sebenarnya Tiqah nak kongsi dengan sahabat-sahabat Tiqah semua. Semalamkan result UPSR keluar. Adik Tiqah ada yang ambil UPSR. Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa, adik Tiqah dapat 5a dengan cemerlang. Best student SKPZ. Alhamdulillah.

Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Betapa gembiranya hati ini apabila adik Tiqah dapat 5a. Kalau ibu abah jangan cakap la. Mereka lagi la seronok. Senyum memanjang jer Tiqah tengok. Alhamdulillah Allah kurniakan kami adik-beradik yang semuanya setakat ini berjaya dari segi pelajaran. Malah dari segi agama pun alhamdulillah. Ibu dan abah memberikan didikan agama yang terbaik buat kami semua. Insyaallah.

Hati ibu dan abah yang mana tak seronok melihat anak mereka berjayakan..? Rasa terbalas pengorbanan mereka mendidik anak itu. Rasa semua yang mereka lakukan, menghantar pergi tuisyen. Menunggu anak di kelas tuisyen di sebabkan faktor jarak rumah dan tempat tuisyen itu jauh. Sanggup bergadai wang ringgit untuk membeli keperluan pembelajaran anak. Sanggup korbankan masa bersama-sama anak untuk melihat pembelajarannya. Itulah namanya jasa ibu dan ayah yang tidak terperi.

Sekarang ini bila kenangkan kembali perngorbanan mereka untuk Tiqah pula. Subhanallah. Rasa macam nak menangis pun ada mengingatkan kembali pengorbanan mereka membesarkan dan mendidik Tiqah hingga sekarang. Bila tengok adik berjaya, hati kakak pun tersentuh. Memang itu yang layak buat dia selepas bertungkus lumus belajar.

Erm.. sebelum result UPSR keluar Tiqah janji nak bagi duit buat adik Tiqah. Alhamdulillah dia dah dapat 5a ni so janji tetap akan ditunaikan. Insyaallah. Dan hadiah tambahan buat dia dan kredit to family Tiqah juga, Tiqah nak belanja satu family makan chiken chop dan lamb chop. Insyaallah Sabtu ini Tiqah nak bawa mereka. =)

Semoga keluarga Tiqah dan keluarga sahabat-sahabat semua sentiasa bahagia dan sentiasa di bawah lembayung rahmat kasih Illahi. Insyaallah. Amin ya Rabb. =)

Salam seribu kesyukuran,
-Nurkasih Atieqah-

No comments: