Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Tuesday, December 28, 2010

Jom Cari !!!

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Apa khabar sahabat-sahabat saya di alam maya ini? Anda semua sihat tak hari ini? Walid dan ummi anda sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Tapi andai kata anda mahupun walid dan ummi anda tidak sihat, cepat-cepat makan ubat dan cepat-cepat suruh ummi dan walid anda makan ubat tau. Ermm insyaallah, mungkin itu semua tarbiyah dari Allah yang ingin menguji keimanan setiap hambanya. Bersabarlah wahai sahabat-sahabat ku sekalin. :)

Ok lah sahabat-sahabat saya sekalin. Cuba sahabat-sahabat tengok gambar buku dekat bawah ni. Hee~~ ^_^


Ha' dasyat tak tajuk dia? Hehe.. "AKU TERIMA NIKAHNYA". Wah nampak macam tak sabar je kan. Hik hik hik ^_^

Firstly jumpa buku ni masa search buku dekat internet, wah saya betul-betul dah teruja nak memiliki buku ini. Dengan cover yer yang menarik dan yang pasti sekali dia punya isi pasti tidak akan mengecewakan. Buku ini sebenarnya gabungan 3 buah buku iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta.




Sekarang ini sudah hampir 3 minggu pencarian saya untuk buku ini. Hermm di Tanjung Malim tiada buku Aku Terima Nikahnya. Habis satu Tanjong Malim saya cari. Huhuhu.. Amat menduka citakan hati ku. :( Memang terfikir nak beli dekat internet jer tapi tak best la sebab saya suka beli buku yang ada depan mata sebelum beli. Jadi saya boleh tengok sama-ada buku tu ada rosak ke tidak. Hehe.. Cerewet betul Atiqah ni!! Hee~ ^__^

Petang tadi try lagi cari dekat satu kedai ni, kedai yang satu-satunya yang belum saya terjah. Tapi,,,,


Dik cari buku apa?

Saya cari buku Aku Terima Nikahnya yang edisi istimewa tu. Ada tak?

Owh buku tu dah habis la dik. Buku tu yang Aku Terima Nikahnya yang biasa adala. Lepas tu Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Buku itu insyaallah minggu depan saya order lagi.

Agak-agak memang minggu depan akan order yer. Erm ok terima kasih yer encik.


Hehe.. Nampak tak sampai macam tu saya mencari buku ini. Macam tu la saya kalau nak tahu. Kalau dah nak dekat sesuatu buku tu mesti cari sampai dapat. Hee~

Ok lah sahabat-sahabat semua, setakat ini dahulu saya nak cerita tentang buku yang saya tengah cari ni. Erm jom sama-sama kita cari buku ini. Harganya tak mahal pun cuma RM 55 sahaja. Tapi kalau kita beli satu-satu bukunya lagi mahal. Hampir mencecah RM 70 lebih kalau tak silap saya. Selamat malam sahabat-sahabat semua. Semoga anda mimpi yang indah-indah belaka. Sayang korang semua. ^_^


Salam Sayang,
-NurkasihAtieqah-


mood:) Esok pencarian Aku Terima Nikahnya Edisi Istimewa di Ipoh.

No comments: