Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Monday, December 13, 2010

Sakit Kepala

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Ermm sejak kebelakangan ini saya seringkali sakit kepala. Bukan sakit yang takat pening-pening biasa. Tapi ini sakit yang betul-betul berdenyut-denyut. Subhanaallah hanya Allah yang tahu. Kadang-kadang denyut yer sampai rasa nak muntah.

Mungkin kerana aku terlalu memikirkan sesuatu perkara,
Mungkin juga tentang kerja,
Mungkin juga tentang sekeliling yang ada,
Sehingga kadang-kadang aku menjadi tidak selera makan,
Dan sering terbawa-bawa ke dalam tidur,
Ya Allah apakah ini dugaan buat ku,
Moga aku tabah menghadapinya.



Ermm saya juga nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua doa sakit kepala. Doa ini pun saya baru dapat dalan laman web Penawar.com. Kita baca doa ini 7 kali sambil tangan memegang ke tempat yang sakit. Sebelum membacanya kita baca surah al-Fatihah dan diiringi selawat dan di ikuti doa ini. Insyaallah sakit kepala sahabat-sahabat akan berkurangan.

Ok la setakat ini dulu perkongsian saya. Hari ini saya kurang sihat. Doakan saya cepat sihat yer. Semoga kita bertemu di post yang lain. Insyaallah.

Salam sayang dari saya,
NurkasihAtieqah

MooD: Sakit kepala.

3 comments:

ika_sha said...

tiqa,, ade cek tekanan darah n hemoglobin darah x? mohon sgt tiqa g klinik wat cek tekanan darah k~

NuRKaSiH aTieQaH said...

xde pula saya check cik ika..erm..mungkin ni sakit kepala biasa jer..erm..insyaallah nanti saya akan pergi klinik..terima kasih di atas keprihatinan cik ika_sha..salam ukhwah.. ^_~

ika_sha said...

same2 tiqa~ salam ukhuwah juga :)