Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, December 24, 2010

::..Tautan Hati..::

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Apa khabar akhi dan ukhti hari ini? Sihat tak? Moga kalian semua sihat dan sentiasa di bawah lembayung rahmat kasih Illahi. Insyaallah.

Alhamdulillah dah hampir sebulan saya selesai membaca buku Tautan Hati ini. Alhamdulillah buku yang sangat bagus yang banyak mendekatkan para pembaca dengan Allah.

'Bertemu cinta dalam halaqoh, Hidup lebih indah terarah, Menyulam tautan hati kerana Allah, Terpaterilah ikatan akidah.'

Ini kisah mereka semua Asiah Yusro, Umar al-Mujahid, Elya Khadeeja, Hassan al-Banna, Imtisal, Layyinul Harir, Hana. Itulah antara watak-watak utama dalam novel islamik ini. Novel yang di kupas dengan begitu menarik oleh penulisnya Puan Fatimah Syarha Mohd Nordin. Saya suka cara penulisan beliau. Penulisannya boleh menyedarkan diri saya dan memberi banyak motivasi dan kesedaran kepada diri saya yang lemah ini.

Ok lah tanpa membuang masa saya nak kongsi sajak yang Asiah Yusro karang buat Imtisal, Hana, Layyinul Harir, Muslimah (Christene) dan Aisya Bazella. Tapi saya copy balik dan nak berikan pada semua sahabat-sahabat saya pula. Terimalah sebuah sajak yang terkandung dalam novel ini yang di tulis dari Taman Islam. Selamat menghayati. (^_^)

Puas sudah,
Ku cari kebahagian,

Di sisi teman-teman,

Ku dapat hanyalah kelalaian,

Ku cari lagi,

Di hati seorang kekasih,

Ku dapat hanyalah kekecewaan,

Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari,

Penuh kekosongan...

Oh dimana lagi harus ku cari,

Membawa sekeping hati,

Yang sarat kerinduan,

Rindu yang tiada haluan,

Aku kliru sendiri,

Apa yang ku cari?

Apa yang ku perlukan?

Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,

Kekosongan hati ini minta di isi.

Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwa ku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,

Destinasi pencarian ku di sini,

Ku mencari Mu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagiaan,

Dari sinar cahaya iman,

Syawqah,
Taman Islam.



Salam tautan hati (^_^)
-NurkasihAtieqah-

No comments: