Pages

Selamat datang ke blog Bingkisan Nuraniku. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog Nurkasih Atieqah. Salam ukhwah.

Friday, December 17, 2010

Terkilan !!

Assalamualaikum, salam 11 Muharram, dan salam Jumaat buat semua sahabat alam maya saya. ^_^ Bila bertemu dengan anda rasa terubat sedikit kesedihan hati ini. ^_^

Hari ini ada Wacana Hijrah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat UPSI 1432H. Dengan ini di umumkan saya tak dapat pergi. huhuhu.

Betapa luluhnya hati ini. Sebab saya memang berharap sangat dapat pergi. Tapi di atas urusan kerja seorang sahabat yang tak siap dan perlu dihantarkan kepada audit hari ini. Jadi terpaksa tolong sahabat menyiapkan fail-fail tersebut. Tapi tak apalah demi sahabat dan jabatan. Saya tahu, saya perlu utamakan kerja dulu.

Kalau tidak saya boleh share dengan sahabat-sahabat pengisian program ini. Tajuknya pun menarik "Tranformasi Dan Perubahan Ummah Semasa: Analisis Kekuatan Dan Kelemahan. Dia punya ahli panel pun sangat best Ustaz Pahrol dan Ustaz Zahazan. My favourite ahli panel.

Atiqah,
Jangan biarkan air mutiara itu menitis,
Seorang wanita memang lembut hatinya,
Tapi kuatkanlah hati mu,
Sabar itu separuh dari iman bukan,
Jangan disebabkan tanggungan kerja itu,
Awak rasa begitu sedih,
Ketahuilah kerja itu amanah,
Laksanakanlah dengan amanah,
Biar pun itu kerja insan lain,
Tapi ikhlaskan hati untuk membantu,
Kerna keikhlasan itu amat penting,
Tanpa keihlasan dimanakah letaknya pahala membantu,
Mungkin hari ini awak tiada peluang,
Mendengar bicara ini,
Insyaallah,
Allah akan memberikan peluang yang lebih besar,
Untuk mendengar bicara islamik di lain hari,
Sabarlah duhai Atiqah.


Salam Jumaat,
NurkasihAtieqah

No comments: